Friday, July 21, 2017

Filled Under:

Peluru berterbangan, apa yang dilakukan oleh kucing ini demi menyelamatkan tuannya sungguh mengejutkan


Apabila Angelica Sipe mendengar bunyi tembakan, dia tidak dapat membayangkan apa yang sebenarnya berlaku.
Sipe, bersama anak lelakinya Daemire serta kucing belaanya Opie berada di rumah pada pagi Khamis semasa Angelica mula mendengar bunyi tembakan dilepaskan.
“Saya mengambil masa sekelip mata untuk sedar apa yang sebenarnya berlaku. Perkara pertama yang saya pantau ialah anak lelaki saya dan nasib baik tiada apa-apa berlaku dan dia tidur dengan nyenyak,” kata Angelica.
Dan kemudian matanya tertumpu kepada kucing peliharaanya, Opie, dan dia tersedar sesuatu berlaku kepadanya. Opie terbaring di lantai dan langsung tidak bergerak.
Kucing itu tercedera kerana melindungi Daemire daripada bahaya, dan terkena tembakan yang dilepaskan itu.
Menurut Angelica, [peluru] itu terkena tepat di atas kepalanya, melalui bawah lehernya dan menembusi bahagian bahu bawah rusuknya.
Opie yang tercedera kerana tindakan beraninya




“Perkara itu mungkin boleh berlaku kepada anak saya… Dia [Opie] merupakan hero anak kecil saya, dan saya perlu menjaganya,” kata beliau.

Bil perubatan Opie tidaklah murah. Opie perlu melakukan pembedahan, membuat tiub saliran dan jahitan. Kos perubatannya mencecah lebih RM 4,000 tetapi Angelica tahu jumlah itu hanya sekecil daripada harga nyawa anaknya yang telah diselamatkan Opie.


Sebuah laman sesawang, GoFundMe telah dicipta untuk membantu mendapatkan dana bagi membayar kos perubatan Opie, dan belum sampai seminggu, duit telah terkumpul sehingga RM9,000 terima kasih kepada sumbangan orang ramai.

Angelica Sipe tidak boleh mengekspresi rasa bersyukurnya kepada kucingnya.

“Saya sangat berasa bersyukur dan saya akan melakukan apa sahaja bagi memastikan kucing saya ini dapat pulang ke dakapan saya, dan tinggal di rumah keluarganya, iaitu kami,” Angelica menulis.
“Dialah hero saya.”
Ternyata kucing ini telah menggadaikan salah satu nyawanya untuk membalas budi tuannya yang telah menjaga beliau sepenuhnya.
Era Baru





0 comments:

Post a Comment