Thursday, July 20, 2017

Filled Under:

Ratu cantik Afrika Selatan dikecam kerana memakai sarung tangan ketika mengagihkan makanan kepada kanak-kanak. Hakikatnya, niat sebenarnya sangat murni

Ratu cantik Afrika Selatan atau namanya, Demi-Leigh Nel-Peters telah kongsikan beberapa gambarnya sedang membantu memberikan bantuan makanan kepada penduduk di Ikageng, Soweto.

Namun, di sebalik kebajikan yang dilaksanakan oleh Demi-Leigh itu,  dia telah dihentam teruk oleh netizen yang menganggapnya mempunyai sikap perkauman.


Semuanya adalah disebabkan kerana gambar Demi memakai sarung tangan ketika memberi bantuan makanan tersebut kepada kanak-kanak berkulit hitam di sana.
Selepas Demi kongsikan beberapa gambarnya yang terlibat dalam membantu Hotel Maslow memberikan bantuan makanan kepada kanak-kanak tersebut, dia dikecam teruk tanpa diberikan ruang untuk menjelaskan niatnya yang sebenar.


“Saya tidak percaya ratu cantik ‘kita’ memakai sarung tangan supaya dia boleh menyentuh kanak-kanak ini!! Kenapa, dia takut kehitaman mereka boleh luntur?” tulis salah seorang pengguna Twitter.

Demi kemudian bertindak menyiarkan satu video pendek bagi menjelaskan keadaan yang sebenar. Di dalam video tersebut, Demi memaklumkan bahawa kesemua sukarelawan yang turun padang memakai sarung tangan bagi memastikan makanan tersebut tidak tercemar dengan bakteria daripada tangan mereka.
Demi turut menyatakan bahawa dia ingin memohon maaf sekiranya ada pihak yang terasa dengan tindakannya.
Malangnya, niat murni Demi telah disalah anggap netizen. Mereka lebih memfokuskan kepada isu sarung tangan tersebut berbanding bantuan kebajikan dan kesanggupan Demi untuk terlibat di dalam aktiviti amal tersebut.
“Ia merupakan hari yang baik dan saya kesal kerana fokus utamanya adalah pada sarung tangan berbanding impak positif yang diterima oleh mereka. Kisah di sebalik gambar-gambar tersebut adalah sangat menakjubkan.
Seorang kanak-kanak perempuan lapan tahun yang mengalami masalah pendengaran mahu mengajar Demi cara untuk mengucapkan terima kasih di dalam bahasa isyarat semasa Demi sedang menyediakan makanan. Tetapi Demi lebih terbuka untuk mengambil gambar bersama kanak-kanak tersebut”, kata Carol Dyantyi, pengarah program di pusat masyarakat tersebut.
Segelintir netizen turut menyatakan sokongan mereka terhadap Demi dengan menunjukkan beberapa gambar Demi yang tidak memakai sarung tangan sewaktu program tersebut berlangsung.

 Sementara itu, ada juga yang mengeruhkan keadaan dan kongsikan gambar Demi sedang mengagihkan makanan di lokasi lain tanpa memakai sarung tangan


Walau apa pun, perkara sudah berlaku. Inilah yang perlu ditempuhi oleh Demi dan juga selebriti lain yang menjadi tumpuan umum masyarakat. Segala perbuatan mereka akan sentiasa diperhatikan oleh semua orang.
Apa yang penting, kerjasama yang sanggup diberikan oleh Demi dalam mengagihkan makanan kepada mereka yang memerlukan. Walaupun mungkin Demi bersifat perkauman, sekurang-kurangnya dia mahu membantu masyarakatnya.
Berbanding mereka yang hanya mempamerkan sikap positif di dalam media sosial tetapi tidak pernah sekali pun menyumbangkan tenaga dan bakti kepada masyarakat. Fikir-fikirkan lah.
Era Baru






0 comments:

Post a Comment