Assalamualaikum Dr. Ustaz Rozaimi. Kalau tidak keberatan, saya
ingin bertanyakan soalan yg bukan berkaitan hadis. Tapi ingin dapatkan kepastian,
apakah hukum berkongsi menggunakan mesin basuh pakaian bersama dengan non
muslim…bukan berkongsi basuh pakaian bersama, tapi hanya mesin basuh yg sama
sahaja. Baru baru ni ada kenalan saya mengatakan ianya tidak boleh digunakan.
Memandangkan saya di luar negara, sy sentiasa menggunakan mesin basuh
tersebut..timbul rasa was2 dalam hati…adakah pakaian2 tersebut boleh dibawa
solat?
Jawapan:
Waalaikumussalam wbt.
Waalaikumussalam wbt.
1- Kami telah
membaca mesej panjang yang tersebar itu. Ia satu mesej yang tidak patut
disebarkan dan sesungguhnya ia menimbulkan kegelisahan dan was-was yang banyak
kepada umat Islam.
2- Hukum asal
sesuatu adalah suci. Ia kekal suci selagi mana tiada bukti menunjukkan ia
bernajis. Maka begitu jugalah mesin basuh ini, ia kekal suci kecuali terdapat
bukti jelas menunjukkan ia tidak suci.
3- Andaian-andaian non-Muslim sentuh anjing, babi, berak tak
basuh, kesan darah haidh etc etc adalah andaian-andaian semata-mata. Ia tidak
mengubah status quo sesuatu iaitu ia suci. Andaian dan syak wasangka tidak
boleh mengubah status asal sesuatu benda iaitu suci.
Kaedah feqh
menyatakan: Keyakinan tidak dihilangkan dengan syak.
Disebabkan sikap
suka berlebih-lebihan beginilah nanti timbul isu: Boleh ke salam dengan
non-Muslim sebab boleh jadi mereka pegang anjing, babi. Nanti jangan sampai ada
mualaf tidak benarkan ibu bapa yang bukan Muslim cium pipi mereka atas alasan
sebab mak ayah makan khinzir, minum arak etc. Adakah ini Islam yang dibawa oleh
Rasulullah s.a.w.
4- Sikap
memberat-beratkan sehingga begini adalah sikap melampaui batas yang bercanggah
dengan ajaran Islam.
فَسَدِّدُوا
وَقَارِبُوا وَأَبْشِرُوا، وَاسْتَعِينُوا بِالْغَدْوَةِ وَالرَّوْحَةِ وَشَىْءٍ
مِنَ الدُّلْجَةِ ”.
Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam, baginda bersabda: Sesungguhnya agama ini mudah. Tidaklah sama sekali seseorang memberat-beratkan urusan agama melainkan ia akan menewaskannya. Lakukan dengan cara yang betul, lakukan semampu mungkin, dan bergembiralah. Mohonlah pertolongan pada waktu pagi, petang dan sebahagian malam. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Iman, no: 39].

عَنْ عَبْدِ
اللَّهِ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم “ هَلَكَ الْمُتَنَطِّعُونَ
” . قَالَهَا ثَلاَثًا .
Daripada Abdullah bin Mas’ud radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Binasalah orang yang melampau. Baginda menyebutnya 3 kali. [Sahih Muslim, Kitab al-Ilm, no: 2670].
Daripada Abdullah bin Mas’ud radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Binasalah orang yang melampau. Baginda menyebutnya 3 kali. [Sahih Muslim, Kitab al-Ilm, no: 2670].
5- Penulis mesej
itu jelas bukanlah orang yang faham tentang hukum-hakam feqh. Jauhilah daripada
menyebarkan mesej-mesej tanpa asas sebegitu. Bertaubatlah daripada mengeluarkan
fatwa hukum-hakam tanpa ilmu kerana ia bukan sahaja menyesatkan diri sendiri,
bahkan menyesatkan dan menimbulkan kegelisahan kepada orang ramai.
Wallahua’lam.
-ADMIN-
Page Dr. Ustaz
Rozaimi Ramle
0 comments:
Post a Comment