SERIAN – Penduduk-penduduk
Kampung Paon Sungai Rimu dan Kampung Paon Sungai Rimu Bakung di sini telah
diarah mengurung anjing dan kucing mereka mulai hari ini ekoran penularan virus
Rabies atau penyakit anjing gila.
Jabatan
Kesihatan Sarawak, Jabatan Veterinar dan Persatuan Pencegahan Penganiayaan
Haiwan Sarawak (SSPCA) mengeluarkan arahan itu pada pertemuan dengan penduduk
kampung berkenaan, yang terletak kira-kira 80 kilometer dari Kuching, pagi
tadi.
Selain itu,
para penduduk juga diberitahu bahawa vaksin Rabies akan dibawa ke kampung
berkenaan esok, kata seorang penduduk, Lainus Luak, 74, kepada Bernamahari
ini.
“Mereka beritahu langkah kurung anjing dan kucing adalah antara
proses mengesan haiwan yang dijangkiti penyakit itu. Mereka juga minta
maklumkan jika ada haiwan yang sakit atau mati untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.
Pesara
kerajaan, Cosmas Luak, 61, pula berkata beliau reda jika empat anjing
peliharaannya terpaksa dihapuskan bagi mengelak virus Rabies.
Cosmas berkata
anjing peliharaannya itu pernah diserang oleh anjing luar selepas sambutan Hari
Gawai.
“Esok, mereka (Jabatan Kesihatan Sarawak, Jabatan Veterinar) akan
datang lagi. Penduduk kampung perlu daftar kucing dan anjing masing-masing
untuk diperiksa,” katanya.
Selain itu,
katanya penduduk yang pernah digigit anjing atau kucing juga akan diperiksa
esok.
Menurutnya kali
terakhir beliau dan penduduk kampung menghapuskan anjing yang disyaki membawa
virus Rabies adalah pada minggu lepas. – BERNAMA


0 comments:
Post a Comment