Islam merupakan agama yang mudah dan tidak
membebankan. Tambah pula bila membicarakan isu majlis kenduri kahwin daripada
konteks Islam ia sebagai agama yang mudah dapat difahami berdasarkan hadis Dari
Abu Hurairah r.a, katanya Nabi SAW bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya agama
(Islam) itu ringan. Barangsiapa memperberat-berat, maka dia akan dikalahkan
oleh agama. Oleh kerana itu, kerjakanlah (agama itu) menurut mestinya, atau mendekati
mestinya, dan gembiralah (kerana akan beroleh pahala), serta beribadatlah
(mohonlah pertolongan Allah) pada waktu pagi, petang dan sebahagian
malam." (Hadis Riwayat Bukhari)
Islam juga menggalakkan penganutnya untuk
mengadakan kenduri mengikut kemampuan. Walaubagaimanapun, Islam begitu mencela
perbuatan yang membazir dalam setiap perkara yang dilakukan berdasarkan ayat
firman Allah SWT maksudnya:
“Berikanlah kepada
kaum-kerabat haknya masing-masing dan kepada orang miskin dan orang musafir dan
jangalah engkau membazir (boros) dengan melampau." (Surah
al-Isra' ayat 26).
Mari lihat perkongsian dari mynewshub tentang
pernikahan anak muda ini walaupaun bapanya seorang pengurus besar stesen
televisyen tersohor Malaysi
TIADA persalinan gah.
Tiada persandingan.
Tiada hantaran beribu.
Tiada dulang berbaris.
Tiada jemputan.
Tiada kenduri-kendara.
Majlis pernikahan pun tiada.
Hanya akad nikah semata.
Tiada
belanja besar untuk hari bahagia pasangan berusia awal 20-an dari Cheras.
Pernikahan
itu berlangsung di Masjid An-Najihin, Bandar Sri Permaisuri dan dihadiri
keluarga terdekat dan rakan-rakan pasangan muda itu.
Hanya
sebentuk cincin dan manisan duduk di atas dulang yang dibawa pihak lelaki…
tanpa sebarang hantaran.
Mas
kahwin pula hanya RM100 disediakan pihak lelaki, lebih RM20 dari ketetapan mas
kahwin untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Pengantin
perempuan manis berbaju kurung putih, manakala pengantin lelaki hanya
mengenakan kurta putih, seluar hitam dan songkok.
Ahli
keluarga pengantin perempuan juga berpakaian ala kadar.
Pernikahan
‘sempoi’ itu diilhamkan sendiri oleh bapa kepada pengantin perempuan, seorang
pengurus besar stesen televisyen tersohor Malaysia.
Kewangan
bukan masalah bagi meraikan perkahwinan anak sulungnya dengan gilang-gemilang,
tetapi mengakui keputusan itu diambil bersandarkan pengalaman sendiri suatu
ketika dahulu.
“Saya
ni orang susah dahulu. Waktu saya nak kahwin, saya terpaksa buat pinjaman
peribadi. Saya turut menjual share saya di akhbar Utusan ketika bertugas di
sana waktu itu,” jelas bapa kepada empat orang anak itu.
Baginya,
tindakan tidak membazir ini bakal memudahkan perjalanan hidup anak sulungnya
kelak.
“Saya
tak mahu anak saya melalui liku hidup sama seperti yang saya lalui. 16 tahun
kerja, barulah mampu nak beli rumah sendiri. Betapa sukarnya nak menyara
keluarga, dalam masa sama membayar semula pinjaman peribadi dan hutang rumah
dan kereta. Apatah lagi dengan gaji sederhana hidup di tengah bandar,”
jelasnya.
Peribahasa
“biar mati anak, jangan mati adat” tidak terpakai dalam keputusan mengahwinkan
anaknya itu.
Dia
juga tidak ambil pusing pandangan masyarakat terhadap keputusan yang diambil.
“Biarlah
apa orang nak kata, bagi anak perempuan free-lah, ada
yang pandang seronglah, saya tak kisah. Saya tahu apa yang saya lakukan demi
kebaikan anak saya sendiri.”
Jelasnya,
“Bukan saya menentang adat, tetapi saya lebih sayang anak saya. Duit yang ada,
lebih baik guna untuk kegunaan anak saya selepas perkahwinan.”
Pasangan
itu cukup beruntung apabila bapa pengantin perempuan menyediakan wang
pendahuluan untuk membeli rumah kelak dan juga sebuah kereta sebagai hadiah
perkahwinan mereka.
Dia
mengharapkan hadiah berkenaan dapat memudahkan urusan rumah tangga anaknya yang
baru dibina.
Kebanyakan
pasangan muda yang tidak mampu bertahan dalam mengharungi badai perkahwinan,
rata-rata disebabkan masalah kewangan.



0 comments:
Post a Comment