INI mungkin kes pencabulan
yang paling ‘gila’ pernah dilaporkan apabila seekor kucing betina sedang
bunting yang diberikan nama Putih menjadi mangsa rogol dipercayai dilakukan
manusia.
Kejadian yang berlaku di
Riau, Indonesia itu menjadi tular di Indonesia apabila gambar dan video seekor
kucing berwarna putih dalam keadaan tidak bermaya dan bahagian punggungnya
berdarah.
Menerusi laporan media
tempatan Indonesia, pemilik kucing tersebut adalah seorang guru di SMP Negeri
Tembilahan yang dikenali sebagai Drs Syafril terkejut apabila dihubungi anaknya
memaklumkan mengenai keadaan Putih yang cedera dan tidak bermaya.
Menurutnya, keadaan Putih
ketika itu lemah dan darah tidak berhenti keluar dari kemaluannya apabila
ditemui di rumah mereka pada Isnin lalu.
Si Putih dibawa ke sebuah
klinik haiwan di Desa Tembilahan dan pemeriksaan mendapati haiwan kesayangannya
itu menjadi mangsa serangan seksual dipercayai dilakukan oleh seseorang yang
tidak bertanggungjawab.
Syafril berkata, akibat kejadian itu, kucing betinanya yang
sedang bunting itu gugur disebabkan ada sesuatu benda tumpul masuk bahagian
kemaluan kucing berkenaan sehingga berlaku pendarahan yang teruk.
Dia turut mendakwa terdapat beberapa kanak-kanak di sekitar
kawasan rumahnya melihat seorang lelaki yang dipercayai suspek mencium dan
memegang Putih sebelum dibawa ke bahagian belakang rumah.
Menurutnya, kanak-kanak tersebut turut melihat suspek menghantar
Putih semula ke kawasan rumahnya dalam keadaan tidak bermaya.
Difahamkan, suspek dipercayai berada dalam keadaan mabuk ketika
melakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu.
Bagaimanapun, Putih kini dilaporkan semakin pulih namun masih
memerlukan penjagaan teliti.
0 comments:
Post a Comment