Pada suatu hari,
rasulullah s.a.w bersumpah sebanyak tiga kali yang bermaksud :”Demi Allah,
tidak beriman! Demi Allah, tidak beriman! Demi Allah, tidak beriman!”
Apabila
ditanya, siapakah yang Baginda s.a.w. maksudkan, Baginda
menjawab: “Seseorang yang jirannya tidak berasa aman dan tenang
disebabkan perangai jahatnya.” (Riwayat al-Bukhari no. 6016 dan Muslim
no. 46)
Dalam huraian
hadis ini, Imam al-Nawawi menyatakan bahawa penafian iman dalam sabda Baginda
“tidak beriman” mempunyai dua tafsiran:
Pertama: Orang yang menganggap
perbuatan menyusahkan jiran adalah halal.
Kedua: Menafikan kesempurnaan
iman seseorang akibat sikapnya sentiasa menyusahkan jirannya.
Ibn Battal
pula menegaskan, hadis ini memberi penekanan terhadap
penjagaan hak-hak jiran kerana Rasulullah s.a.w. telah
mengulang-ulang sumpah Baginda sebanyak tiga kali.
Manakala
dalam kitab Fath a/-Bari, Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani
meriwayatkan ulasan menarik daripada Ibn Abi Jamrah berkenaan hadis ini.
Beliau berkata:
“Sekiranya
ditegaskan sedemikian rupa agar seseorang menjaga hak-hak jiran yang berada di
sebelah dinding rumahnya dan dijauhkan mereka daripada sebarang mudarat,
sepatutnya dia mestilah lebih menjaga kedua-dua jiran yang tidak terhalang oleh
dinding (yakni kedua-dua malaikat yang sentiasa berada di sisi manusia untuk
mencatat amalan mereka). Sesungguhnya apabila seseorang melakukan ketaatan,
maka kedua-dua malaikat tersebut akan bergembira dan sekiranya melakukan
maksiat, mereka akan bersedih.”
Betapa
besarnya ancaman terhadap seorang yang menyusahkan jirannya sehingga
dia terganggu dan tidak aman dalam kehidupan sehanannya.
Dosa daripada Memelihara
Kucing
Sebenarnya begitu banyak tindakan dan perangai buruk
seseorang yang boleh menyebabkan jiran terganggu dan tidak tenang
hidupnya. Antaranya seperti membuang sampah atau
meletakkan kenderaan di kawasan rumah jiran sehingga menganggu laluan
keluar masuk ke rumahnya, terlalu bising sehingga mengganggu
ketenteraman jiran, menanam pokok dan membiarkan daun-daun jatuh lalu
menjejaskan keindahan kawasan rumah jiran, mengumpat, menoela,
memfitnah jiran
dan pelbagai lagi perbualan yang melayakkan seseorang termasuk dalam ancaman Rasulullah s.a.w. seperti yang terdapat dalam hadis di atas.
dan pelbagai lagi perbualan yang melayakkan seseorang termasuk dalam ancaman Rasulullah s.a.w. seperti yang terdapat dalam hadis di atas.
Dalam isu
kali ini, penulis hanya memfokuskan perbualan yang boleh mengganggu
arau menyusahkan jiran iaitu memelihara kucing. Hukum memelihara
kucing adalah harus, Walau bagaimanapun, ada situasi yang menyebabkan
individu yang memelihara kucing berdosa apabila tidak menunaikan
“nafkah zahir dan batin” kucing peliharaannya. Ia seperti keperluan
makan, minum, tempat tinggal dan segala yang berkaitan dengan naluri haiwan.
Tidak cukup dengan itu , dosanya bertambah apabila mengganggu
ketenteraman hidup jiran. Maka, dibimbangi dia tergolong
dalam kalangan manusia yang dinafikan kesempurnaan imannya.
Tanggungjawab Semasa
Jiran
Membiarkan kucing
peliharaan kita menjadi pasu-pasu bunga jiran atau halaman rumah
sebagai ‘tandas rasmi’ adalah satu dosa besar. Membiarkan kucing
peliharaan kita bebas keluar dan masuk ke rumah jiran “tanpa
izin” sehingga menyebabkan jiran terganggu juga satu dosa besar .
Bahkan, membasuh najis kucing sehingga airnya mengalir ke halaman
rumah jiran dengan
mendatangkan bau yang tidak menyenangkan juga termasuk dahm perbuatan rmenyusahkan jiran.
mendatangkan bau yang tidak menyenangkan juga termasuk dahm perbuatan rmenyusahkan jiran.
Ada kalanya terdapat seseorang yang tidak pun memelihara
kucing, tetapi dia teramat gemar memberi makanan kepada
kucing-kucing Iiar, sehingga menyebabkan banyak kucing liar
“berkampung” di sekitar rumah-rumah jiran , juga dianggap satu dosa
sekiranya menyebabkan ketenteraman jiran terganggu. Memberi makanan kepada kucing tersebut niat yang baik, tetapi ia negatif dari segi implikasinya. Demikian juga perbuatan sengaja membuang kucing liar di kawasan rumah jiran atau kedai-kedai makan, ia juga dianggap satu dosa kerana menyusahkan orang lain.

Di akhirat nanti, kucing tidak akan dipertanggungjawabkan
memikul dosa-dosa ini, tetapi manusia yang melakukan perbuatan inilah
yang bakal menanggung segalanya. Kucing tidak mukalaf kerana
tidak berakal, tetapi amat malang apabila tuan kepada kucing tersebut
yang merupakan seorang manusia berakal tetapi tidak menggunakan akalnya untuk
berwaspada terhadap amaran Rasulullah s.a.w. akibat
perbuatan menyusahkan jiran.
Mencontohi Abu Hurairah
Mencontohi Abu Hurairah
Namun
artikel ini bukan menjelaskan bahawa haram memelihara kucing ,
bahkan ia merupakan hobi atau minat yang sangat mulia. Penulis hanya
ingin mengingatkan diri sendiri dan pembaca agar sentiasa peka
dengan pesanan-pesanan Rasulullah s.a.w.
Apabila menyebut tentang memelihara dan suka akan kucing ,
sudah pasti nama Abu Huraiah r.a. terlintas di benak kita. Beliau
merupakan seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang sangat suka kepada
anak-anak kucing. Gelaran ‘Abu Hurairah’ yang diberikan
oleh Baginda kepadanya merupakan satu ikrar (pengakuan) terhadap keharusan memelihara kucing. Tidak ada satu riwayat pun yang menyatakan beliau menyusahkan jirannya dengan hobi memelihara kucing ini. Justeru, sesiapa yang ingin mencontohi hobi Abu Hurairah ini wajib baginya untuk menunaikan hak-hak kucing sebagai haiwan dan juga hak-hak jiran daripada dicerobohi.

Dalam sepotong hadis lain, RasuIullah s.a.w. bersabda yang
bermaksud: “Jibrail sentiasa berpesan kepadaku agar menjaga hak-hak
jiran sehingga aku menyangka seseorang jiran bakal mewarisi harta
jirannya.” (Riwayat al-Bukhari no. 5669 dan Muslim no. 6854)
Demikian hebatnya Islam mementingkan penjagaan hak jiran sehingga malaikat Jibrail begitu kerap mengingatkan Baginda s.a.w. mengenainya dan menjadikan pencerobohan terhadap hak-hak jiran sebagai suatu tanda ketidaksempurnaan iman seseorang.

– USTAZ SYED MOHD
NORHISYAM

0 comments:
Post a Comment