Kalau kita lihat kepada kawasan perkuburan islam di sini,kita
akan melihat kebanyakan kubur membuat binaan (simen,mozek,pagar besi dll) di
kawasan kubur. berikut adalah perbahsan para ulamak berkenaan batu nisan dan
binaan di kuburan. Moga dapat pencerahan tentang isu tersebut :
1.Imam Muhammad
bin Idris al-Syafi`iy ( Imam Asy-syafie )melarang kubur ditinggikan melebihi
sejengkal (7 inci) dan beliau melarang kubur di tembok dgn bahan binaan (Fiqh
Sunnah, 4:150)
2. Kubur para
Rasul, sahabat dan setaraf dgnnya pun tidak ada pengecualian. Kata Imam
Syafi’iy, aku menyaksikan kubur para sahabat mmg tidak ditinggikan..(ibid)
Ada pun, amalan
masyarakat yang suka menabur bunga di pusara, ini pun tidak ada nas yang
mensyariatkannya. Adalah dibimbangi perbuatan sedemikian boleh membawa kepada
termasuk dalam perhiasan itu tadi.
Kalau ada pun dalam syarak adalah amalan para ulama yang
menyiram air atas pusara selepas jenazah disemadikan.
Perbuatan memacak
sesuatu yang basah seperti pelepah tamar atau kelapa, ada nas menyebut selagi
ia masih basah ia masih bertasbih pada Allah memohon keampunan pada mayat.
Barangkali
berdasarkan nas tadi, agak masyhur di kalangan masyarakat kita untuk menanam
pokok kemboja kerana ia basah dan akan mendoakan si mati. Perbuatan memacak
sesuatu yg basah dan menanam pokok kemboja bertentangan dengan sunnah kerana
pelepah tamar itu khusus buat Nabi saw sahaja.
Imam Bukhari
membantah apa jua hujah utk berbuat demikian kerana tak ada kaum salaf yg
melakukan demikian (Fiqh Sunnah, 4:165)
Tetapi tidak pula
disebut memacak payung di atas pusara. Tidak ada nas menyuruh perbuatan
sebegini dan ulama menyebut ia termasuk dalam khurafat.
3. Membuat Binaan
Atas Kubur
jabir berkata
:”Rasulullah saw melarang mengapur kuburan dan duduk di atasnya atau
membangunnya ( meninggikan tanah atau binaan) atau menulis di atasnya.” ( HR
Muslim,abu daud dan an-nasaie )
Imam asy-Syafie,
Imam an-Nawawi, Ibnu Hazmin melarang perbuatan tersebut
4. Menulis Nama
Pada Nisan
sebahagian ulama
spt imam asy-syaukani membenarkannya tetapi sekadar utk mengenal identiti kubur
sahaja spt nama dan bukannya ayat2 al-quran spt yang ada pada batu nisan sekarang
kerana ia termasuk larangan dalam hadis di atas.
5. Tanah
Perkuburan Bukan Hak Peribadi
tanah perkuburan
adalah tanah wakaf hak milik orang islam, maka membina batu,kepok,pagar dan
sebagainya akan menyempitkan kawasan perkuburan dan jumlah kubur akan menjadi
terhad dek kerana banglo kecil yg dibina oleh waris simati.
saya menasihati
supaya membuat tanda sekadar batu nissan yg ringkas sahaja, dan terangkan hal
tersebut secara hikmah mudah2 mudahan usaha kita mencontohi sunnah Rasulullah
saw memberi syafaat kepada puan dan si mati.
Larangan dari
Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam:
Dari Jabir
radhiyallahu ‘anhu, dia berkata,
“Rasulullah
shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dij
adik an tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.”
(Hadith Riwayat
Imam Muslim)
Dan membawa
bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah
diharamkan yang telah menular dikalangan orang-orang Islam kerana mengikuti
adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka.
Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan
memberi makna bermegah-megah dan berbangga..
Manakala hukumnya
adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana
amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, juga
kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat
bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata’ ala.
Ali bin Abi Talib
radhiyallahu ‘anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi.
wALLAHua’lam. .
Renung-renungkan.
FATWA: MEMBUAT BINAAN DIATAS KUBUR
1.
Fatawa: Membina Maqam Atau Apa-Apa Binaan Atas Kubur (FATWA KEDAH)
Soalan:
Haruskah disisi
syarak membina apa-apa binaan, maqam atau sebagainya di atas kubur?
Jawapan:
1) Makruh dibuat
binaan di dalam atau di atas kubur yang di dalam tanah yang dimilki oleh orang
yang membuat binaan kecuali binaan itu dibuat bertujuan untuk menyelamatkan
kubur dari digali atau dikorek oleh binatang buas atau diruntuh oleh banjir
seumpamanya.
2) Haram dibuat
binaan di dalam atau di atas kubur apa jua jenis dan bentuk binaan yang boleh
jadi kekal selepas hancur mayat dengan tiada apa-apa tujuan seperti yang
tersebut di atas sekiranya kubur itu di dalam tanah yang disediakan untuk
perkuburan atau yang di wakaf untuk perkuburan dan wajib dirobohkan kerana
binaan yang kekal wujudnya selepas hancur mayat itu menghalangkan orang-orang
Islam daripada menggunakan tempat perkuburan itu dengan tiada ada apa-apa sebab
yang diluluskan oleh syarak dan meruntuhnya itu hendaklah dengan kebenaran
qadhi atau dengan kebenaran Majlis Agama Islam jika ditakuti berbangkit
perbalahan atau pergaduhan dan sebagainya, batu-batu dan perkakas-perkakas
binaan itu menjadi hak milik warisnya dipulangkan kepada mereka jika tiada
waris atau ada tetapi mereka enggan mengambilnya maka menjadi hak kepada
Baitulmal.
Negara asal :
Malaysia
Negeri : Kedah
Badan yang
mengisu fatwa : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
Penulis/Ulama :
Mufti Kerajaan Negeri Kedah
2.
Fatwa Mengenai Penyalahgunaan Kubur (FATWA PERAK)
Fatwa :
Sahibus Samahah
Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan setelah berbincang dengan
Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak Darul Ridzuan pada 15 Safar 1427 H bersamaan 18
Mac 2006 M bagi kali 169 dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan
mengistiharkan Fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.“Bahawa haram membina
bangunan sama ada berbentuk rumah, kubah atau masjid di atas tanah perkuburan
am ( musabbalah ), dan wajib di robohkan segala binaan tersebut” .
Keterangan :
DALIL DAN HUJJAH
Dipetik dari
kitab Mughni al-Muhtaj jilid satu mukasurat 364.
مغني المحتاج إلى
معرفة معاني ألفاظ المنهاج شرح الشيخ محمد الخطيب الشربيني علي متن منهاج الطالبين
للامام ابي زكريا بن شرف النووي المجلد الاول.
(ولو بني) عليه (
في مقبرة مسبلة ) وهى التي جرت عادة اهل البلد بالدفن فيها ( هدم ) البناء لانه
يضيق علي الناس ، ولا فرق بين أن يبنى قبة أو بيتا أو غير ذلك.
Bermaksud :
Jika seseorang membina
binaan di atas kubur am dan ianya merupakan kebiasaan penduduk negeri tersebut
hendaklah ( diruntuhkan ) binaan tersebut kerana ianya menyusahkan orang lain.
Dan tiada perbezaan samaada binaan itu berbentuk kubah, rumah atau dan
lain-lain binaan.
Dipetik dari
kitab al-Majmuk Sharah al-muhazzab juzuk lima muka surat 298.
قال أصحابنا رحمهم
الله : ولا فرق في البناء بين أن يبنى قبة او بيتا او غيرهما.ثم ينظر فإن كانت
مقبرة مسبلة حرم عليه ذلك ، قال أصحابنا ويهدم هذا البناء بلا خلاف. قال الشافعي
فى الام : ورأيت من الولاة من يهدم ما بني فيها، قال ولم ار الفقهاء يعيبون عليه
ذلك ولان في ذلك تضييقا علي الناس. قال أصحابنا وإن كان القبر فى ملكه جاز بناء
ماشاء مع الكراهة ولا يهدم عليه. قال إصحابنا وسواء كان المكتوب على القبر فى لوح
عند رأسه كما جرت عادة بعض الناس ام في غيره فكله مكروه لعموم الحديث. قال أصحابنا
وسواء فى كراهة التجصيص للقبر فى ملكه او المقبرة المسبلة. واما تطبين القبر فقال
إمام الحرمين والغزالى يكره ، ونقل ابو عيسي الترمذي في جامعه المشهور أن الشافعى
قال لا بأس بتطبين القبر ولم يتعرض جمهور الاصحاب له، فالصحيح انه لا كراهة فيه
كما نص عليه ولم يرد فيه نهي.
Bermaksud :
Telah berkata
ulama’ mazhab Shafie rahimullah : dan tiada beza pada binaan samaada ia
berbentuk kubah atau rumah atau lain-lainnya, hendaklah diselidik dahulu jika
ianya kubur am haram dibuat binaan atasnya. Ulama berkata hendaklah dirobohkan
binaan itu tanpa khilaf.Berkata Imam Shafie dalam kitab al-Um: dan aku lihat
daripada pemerintah yang mana mereka merobohkan sebarang bentuk binaan dan aku
tidak melihat ulama’ fiqah membantahnya kerana bahawasanya ianya menyusahkan
manusia lain. Berkata lagi ulama samaada ianya ditulis diatas satu papan
kenyataan di tepi kubur seperti mana kebiasaan adat setengah orang maka
semuanya adalah makruh hukumnya kerana keumuman hadis.Berkata lagi ulama : dan begitu
juga makruh samaada meletak kapur pada kubur yang dimiliki atau kubur yang am.
Adapun meletakan tanah di perkuburan maka imam al Haramain dan imam al Ghazali
telah berkata ia adalah makruh. Dan telah menaqal oleh Abu Isa Attirmizi dalam
kitab Jami’nya yang mashur bahawasanya As Shafie berkata tidak mengapa
meletakkan tanah pada kubur, dan tiada satu tegahan dari Jumhur ulama. Maka
pendapat yang sahih bahawa tidak makruh sepertimana nas dan tiada ada satu
tegahan pun padanya.
Rujukan Pewartaan
: Enakmen Pentadbiran
Tarikh Pewartaan
: 24 Januari 2007
3.
HUKUM MENGGUNAKAN SEMULA TANAH PERKUBURAN ISLAM (FATWA SELANGOR)
Oleh : Ustazah
Norzila Bt. Mohd. Nor, (Bahagian Istinbat)
Isu kekurangan
tanah perkuburan Islam di negara kita timbul hasil daripada penelitian terhadap
beberapa isu semasa yang dibincangkan dalam akhbar harian negara kita. Masalah
yang berlaku ini terutamanya di bandar-bandar besar telah disiarkan dalam
akhbar-akhbar tempatan beberapa bulan yang lepas. Pelbagai cadangan dan
pandangan untuk mengatasi masalah ini telah dikemukakan oleh orang ramai
termasuklah cadangan untuk mengguna semula tanah perkuburan yang lama.
Memandangkan isu
ini telah mendapat perhatian ramai, maka satu fatwa telah dibuat untuk
memperjelaskan pendirian syara’ mengenai perkara ini.
HUJAH DAN DALIL
Kubur dari segi
takrifannya merujuk kepada tempat yang digunakan untuk menanam manusia yang
telah meninggal dunia.
Kawasan
perkuburan menurut Islam adalah tempat yang perlu dihormati. Umat Islam ditegah
daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menjejaskan adab dan dianggap
tidak menghormati mayat di kawasan perkuburan tersebut seperti mendirikan
penempatan di atasnya, membina tembok, menggali balik mayat tanpa tujuan dan
sebagainya.
Dalam sebuah
hadis ada menyebutkan bahawa :
Maksudnya :
“Nabi s.a.w.
menegah dari membina tembok di atas kubur, tinggal di atasnya, membuat binaan
dan menulis di atasnya”. (Riwayat al-Tarmizi)
Perbuatan
menggali balik mayat dari kubur ditegah oleh Islam kerana ia mencarik
kehormatan mayat, tetapi dalam keadaan tertentu dan ada tujuan yang munasabah
menurut syara’ maka ia dibolehkan.
Walaupun begitu,
para fuqaha’ Islam berselisih pendapat tentang sebab atau tujuan yang
membolehkan mayat digali semula, antaranya :
1. Fuqaha’
Hanafiah berpendapat sebab yang membenarkan kubur digali semula ialah apabila
ia bersangkutan dengan hak-hak manusia pada kubur atau mayat tersebut seperti
tanah kubur tersebut ialah tanah yang dirampas, kain kapan mayat diambil dari
kain yang dirampas, ada harta orang lain dalam kubur tersebut atau seumpamanya.
Adapun sekiranya hanya bersangkutan dengan hak-hak Allah pada mayat tersebut
seperti mayat tidak dimandikan sebelum dikebumikan, tidak disembahyangkan atau
seumpamanya maka tidak harus digali semula selepas selesai dikebumikan.
2. Fuqaha’
Malikiah pula berpendapat kubur boleh digali semula dalam lima keadaan;
a. Apabila kain
kafan tersebut daripada harta yang dirampas.
b. Apabila mayat
dikebumikan di tanah milik orang lain tanpa keizinan.
c. Apabila
terdapat harta orang lain bersama mayat walaupun sedikit.
d. Apabila
terdapat keperluan (dharurat) untuk mengebumikan mayat lain.
e. Apabila wujud
keperluan memindahkan mayat berdasarkan syarat-syarat yang dibenarkan.
3. Fuqaha’
Syafiiah pula berpendapat kubur boleh digali semula dalam keadaan dharurat
sahaja. Antara dharurat tersebut ialah mayat yang tidak dimandikan sebelum
ditanam, mayat yang ditanam di tanah atau bersama pakaian yang dirampas, harta
yang terjatuh ke dalam kubur, mayat yang tidak mengadap kiblat, mayat yang
ditanam di masjid dan seumpamanya.
4. Fuqaha’
Hanabilah pula mengharuskan kubur digali semula sekiranya ia dibuat untuk
menyempurnakan perkara yang wajib dan untuk tujuan-tujuan yang baik. Antara
perkara tersebut ialah mayat yang tidak dimandi atau disembahyangkan sebelum
ditanam, mayat yang tidak mengadap kiblat, harta yang terjatuh ke dalam kubur
dan sebagainya. (Wazarah al-Awqaf wa al-Shu’un al-Islamiah,
al-Mawsuahal-Fiqhiah, Jld. 32, hlm. 252-255)
Ini merupakan
pendapat-pendapat fuqaha’ Islam tentang hukum menggali balik kubur mayat
sebelum reput.
Manakala selepas
mayat telah reput (berdasarkan pendapat pakar dalam bidang tersebut) maka
tidaklah ditegah menggalinya semula. Bahkan diharamkan (iaitu selepas reput)
daripada membuat binaan atau meratakan tanah di atas tanah perkuburan yang
diwakafkan kerana ia akan menegah orang lain daripada mengebumikan mayat kerana
menyangka kubur tersebut masih baru dan mayat belum lagi reput. Sungguhpun
begitu sesetengah fuqaha’ berpendapat hal ini dikecualikan kepada kubur-kubur
para sahabat Nabi s.a.w. dan orang-orang salih dan terkenal untuk memberi
kemudahan kepada orang ramai menziarahinya dan mengambil berkat. (Muhammad bin
al-Khatib al-Syurbaini, Mughni al-Muhtaj, Jld. 1, Hlm. 545)
Berdasarkan
pendapat-pendapat di atas maka bolehlah dibuat kesimpulan bahawa;
i. Tanah
perkuburan mestilah dihormati dan adab-adab yang berkaitan dengannya hendaklah
dipatuhi.
ii. Perbuatan
menggali kubur pada asalnya tidak dibenarkan dalam Islam, tetapi sekiranya
terdapat sebab-sebab.yang dharuri maka ia diharuskan. Hal ini merujuk kepada
keadaan mayat yang belum reput.
iii.Sekiranya
mayat telah reput maka tidaklah menjadi kesalahan menggalinya semula untuk
tujuan-tujuan yang.munasabah.
iv.Keadaan reput
atau tidak mayat ditentukan melalui orang yang pakar dalam bidang berkenaan.
4.WARTA
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
HUKUM
MENGGUNA SEMULA TANAH PERKUBURAN ISLAM
MENURUT seksyen
47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [En. 1/2003],
Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perintah D.Y.M.M. Sultan
menyediakan fatwa yang dinyatakan dalam Jadual dan disiarkan menurut subseksyen
48(6) Enakmen itu.
JADUAL
1. Harus menggali
semula tanah perkuburan sekiranya terdapat keperluan yang mendesak atau darurat
dengan sebab-sebab tertentu yang diharuskan oleh syara’.
2. Harus menggali
semula tanah perkuburan setelah dikenalpasti mayat itu telah reput oleh pihak
berkuasa untuk digunakan bagi mengebumikan mayat yang baru.
3. Tanah
perkuburan yang sudah penuh dan tiada kawasan lapang sebagai menambah keluasan
tanah perkuburan, maka adalah disarankan bahawa menggunkan semula tanah
perkuburan lama dengan cara/kaedah :
Menimbun tanah di
atas kubur lama di kawasan tanah perkuburan setinggi 4 kaki. Kaedah ini amat
sesuai ditanah perkuburan yang rendah.
Bertarikh 8
September 2004
Diwartakan pada 7 Oktober 2004
[Mufti Sel. 500-2; PU. Sel. AGM. 0007 Jld. 2]
SAMA2 KITA SEBARKAN DAN BERKONGSI ILMU
Diwartakan pada 7 Oktober 2004
[Mufti Sel. 500-2; PU. Sel. AGM. 0007 Jld. 2]
SAMA2 KITA SEBARKAN DAN BERKONGSI ILMU
Namun begitu
berbeza dengan pendapat mufti wilayah persekutuan. Isu ini terdapat banyak
khilaf. Berikut adalah penjelasannya.
5.FATWA
WILAYAH PERSEKUTUAN
AL-KAFI LI
AL-FATAWI : SOALAN 350 (4 OGOS 2016 M / 1 ZULKAEDAH 1437 H)
SOALAN:
Assalamualaikum
ustaz,sy ada pertanyaan berkenaan bolehkah didirikan binaan seperti kepok di
kubur seseorang macam yang banyak berlaku dikubur2 org islam dimalaysia
sekarang?
JAWAPAN:
Waalaikumussalam
wbt,
Perkara ini khilaf dalam kalangan ulama. Tujuan asasnya adalah supaya tanah tidak roboh, bagi membezakan antara tanah kubur dan bukan, agar tidak dipijak dan menjadi jalan. Jika binaannya rendah dan tidak menunjukkan kepada pembaziran, tetapi sekadar membuat orang mengenali kubur tertentu di samping menjaga kebersihannya, maka kami cenderung hukumnya ialah harus. Kami berpendapat bahawa binaan kepok di kubur yang berlebih-lebihan adalah tidak dibenarkan bahkan bercanggah dengan sifat Islam yang sebenar. Seorang pujangga menyebut
Perkara ini khilaf dalam kalangan ulama. Tujuan asasnya adalah supaya tanah tidak roboh, bagi membezakan antara tanah kubur dan bukan, agar tidak dipijak dan menjadi jalan. Jika binaannya rendah dan tidak menunjukkan kepada pembaziran, tetapi sekadar membuat orang mengenali kubur tertentu di samping menjaga kebersihannya, maka kami cenderung hukumnya ialah harus. Kami berpendapat bahawa binaan kepok di kubur yang berlebih-lebihan adalah tidak dibenarkan bahkan bercanggah dengan sifat Islam yang sebenar. Seorang pujangga menyebut
أبى أهل القُصور
إِذا أُميتوا … بَنَوْا فوق المقابر بالصخور
أبو إِلاّ مباهاةً وفخراً … على الفقراء حتى في القبور
أبو إِلاّ مباهاةً وفخراً … على الفقراء حتى في القبور
Engganlah
golongan yang mewah apabila mati
Membina atas kubur itu batu-bata
Kecuali untuk bermegah-megah dan menunjuk
Kepada orang yang fakir walaupun di dalam kubur. [1]
____________________________
Membina atas kubur itu batu-bata
Kecuali untuk bermegah-megah dan menunjuk
Kepada orang yang fakir walaupun di dalam kubur. [1]
____________________________
[1] Safwat
al-Tafasir, 3/571
Wallahua’lam.
0 comments:
Post a Comment