Bila badan penuh angin, penuh
bisa, beginilah cara saya menghilangkan bisa dalam badan, lenguh sendi, sakit
belakang, sakit kepala dan susah tidur malam. Ada banyak lagi khasiatnya,
antaranya menghindari dari gangguan makhluk halus.
Caranya mudah sahaja:
1. Beli 1 pek ais seperti di
dalam gambar. Masukkan dalam baldi dan dicampurkan air sedikit dalam baldi
tersebut.
2. Perahkan limau nipis atau limau purut dalam 4 atau 5 biji ke
dalam baldi. Sebelum mandi, anda baca surah Al-Fatihah 3 kali, Al-Ikhlas 3 kali
dan selawat 3 kali. Sebaiknya baca ayat suci ini angkat baldi di luar bilik air
dahulu. Selesai baca, mandi.
Sebaiknya mandi ini buat bilasan terakhir. Mandi dulu dengan air
biasa, kemudian baru mandi dengan air limau ini. Selesai baca di atas, mula
mandi dari kepala. Lebihkan siram di belakang tengkuk dan bahu.
Sekiranya anda ada gangguan, anda akan rasa seperti angin keluar
dari belakang tengkuk anda. Badan dan kepala akan menjadi ringan.
Sekiranya anda sendawa atau muntah selepas mandi, nasihat saya
sila dapatkan rawatan Islam berhampiran.
Mandian ini hanyalah
alternatif dalam merawat pesakit buang angin, bisa dalam badan. Disarankan
mandi sebaiknya waktu selepas Subuh dan selepas Maghrib. Dengan izin Allah,
inshaAllah sembuh.
Saya baru lepas mandi. Cubalah, anda akan rasa kesegarannya. – Pusat Perubatan Islam Al-mujahidin
0 comments:
Post a Comment