Lazimnya, keadaan bayi di dalam rahim cukup
selamat, melainkan terdapat beberapa komplikasi kehamilan yang tidak dapat
dielakkan.
Terdapat seorang wanita keluar membeli-belah untuk membeli
lampin di Rio de Janiero, Brazil. Kemudian, beliau terlibat secara tidak
langsung dalam insiden tembak-menembak yang akan mengubah hidupnya selamanya.
Claudineia dos Santos Melo merupakan seorang ibu yang sedang
mengandung sembilan bulan apabila beliau ditembak di perut, dan apa yang
berlaku kepada bayi itu menyababkan doktor kebingungan namun sangat bersyukur.
Peluru itu terkena di
pinggul Santos Melo, dan ia juga memasuki rahimnya di mana bayinya mengalami
banyak kecederaan.
Doktor segera membantu
Claudinineia melahirkan bayinya, yang dinamakan sebagai Arthur, seterusnya
mendapati peluru itu terkena pada tulang belakang Arthur. Hal ini menyebabkan
beliau lumpuh.
Walaupun Arthur cedera,
doktor mengatakan bahawa kelangsungan hidupnya adalah ajaib dan rawatan mungkin
akan dapat menyelamatkan nyawa bayi ini.
“Hari ini, beliau lumpuh,
tetapi apa-apa boleh berlaku dalam kehidupan bayi ini,” kata Dr José Carlos
Oliveira, yang kini memantau kesihatan Arthur
Klebson da Silva, iaitu
bapa Arthur, telah melawat bayi dan isterinya di hospital serta menganggap
kejadian ini sebagai satu “kejayaan”.
Syukurlah mereka berdua
selamat daripada pengalaman pahit yang mengerikan itu. Ibu bapa Arthur akan
menghargai setiap detik kehidupan anak mereka.
0 comments:
Post a Comment