PERKAHWINAN
PERLU BERKONGSI
==========================
==========================
Sebenarnya, perkahwinan dan kehidupan aku tak seindah yang kau
orang sangkakan. Bohong kalau aku tak pernah bergaduh dengan isteri, bohong
kalau aku sentiasa berduit, bohong kalau bisnes-bisnes aku tak pernah ada
masalah.
Ramai orang PM aku bertanyakan
tips, nampak hidup aku indah, kononnya aku suami yang penyayang dan ada
bisnes-bisnes yang maju, katanya aku ada anak-anak yang comel ikut El yang
berkacukan Arab.
Orang nampak kita senang,
orang tak tahu susah kita macam mana.
Hidup ni bukan seindah drama pukul 7 tapi hidup ni cukup indah
kalau kita bersyukur dengan cabaran dan dugaan yang mendatang. Bagi aku, kunci
kebahagiaan dan kejayaan adalah bermula dengan bersyukur.
Siapa kata aku tak pernah bergaduh besar dengan El? Dia jenis
yang tak banyak cakap, susah nak membebel dan dia akan pendam kalau terasa
dengan aku sampai aku jadi bengang kekadang.
Mana taknya, aku dok fikir apa salah yang aku buat sampai salam
yang patutnya cium tangan pakai mulut tapi dia pakai dahi. Cramp otak aku asik
fikir apa aku buat, aku ada pergi rumah urut tanpa sedar ke apa semalam?
Untunglah kalau kau ada pasangan yang suka membebel atau
meluahkan perasaan sebab mudah untuk kau tahu apa masalah atau kesalahan yang
perlu kau baiki. Macam aku ni, sampai ke lubang cacing kena korek sendiri.
Menurut Ustaz Abdullah Khairi, kaum wanita ni bercakap 26,000
patah perkataan sehari tapi El 260 patah perkataan je sehari aku rasa. Dia
lain, sebab tu aku cintakan dia sangat-sangat.
Kekadang sampai menangis El aku paksa bagitahu apa salah aku.
Tak adil untuk aku dihukum tanpa aku tahu cerita sebenar atau disedarkan bahawa
aku dah buat silap atau benda yang dia tak suka.
Nak kata aku tak utamakan keluarga, sebelum ayam habis aku dah
topap yang baru termasuk kepala dengan tongkeng sekali. Nak kata susu Farrel
habis, aku jenis yang beli satu kotak terus.
Nak kata barang makeup habis, aku simpan wax dan sikat dalam beg
makeup El supaya aku tahu apa bekas yang dah ringan dan perlu aku tanya bila
nak pergi beli. Tekan punya tekan, rupanya aku balik lambat dan asik pegang
phone memanjang. Alahai sayang.
Perempuan ni tak faham yang kita sibuk sekarang sementara masih
muda dan kuat supaya nanti ada masa untuk keluarga, untuk kesenangan mereka.
Tapi menjadi tugas kita sebagai suami untuk bagi dia faham.
Mana dia nak faham, kau kerja asik stalk Instagram ex girlfriend
kau, asik like, PM yang bukan-bukan dan komen kat Facebook awek lain. Perempuan
gila je boleh faham sebab apa yang kau buat tu kerja gila bang walaupun bagi
kita yang lelaki ni sekadar berkawan, sekadar mengusik.
Dia takkan faham kalau kau kantoi karaoke sambil peluk rama-rama
kanan kiri sambil bergesek atau pergi Crown berkali-kali bang. Sudah-sudahlah,
kalau roger aku sekali tak apa juga kah kah.
Bukan tak nak bagi berdikari tapi aku jarang bagi El keluar
kecuali ada teman terutama beli barang keperluan dia atau rumah secara
sendirian. Selalu aku minta untuk tunggu aku sebab lunyai dia kena belasah
dengan Farrel nanti.
Anak aku, aku tahu lasak dia MashaAllah! Kalau tangan dia pun
dia boleh masukkan dalam ekzos kereta lepas tu jilat, kalau iPhone 7 Plus Red
Edition bini aku pun aku boleh jumpa dalam air baldi mop, kau rasa mak dia kena
lanyak macam mana nanti?
Bukannya sebagai beban tapi terkial-kial dia nanti nak jaga
anak-anak kat luar, bukan senang dengan stroller 4mom Origami yang macam motor
LC 135 beratnya.
Nak topap bekas susu, pampers, baju spare, air panas air suamnya
lagi, kena make sure atau tunggu anak-anak berak dulu sebelum keluar supaya tak
cranky dalam kereta, dalam mall nanti. Kalau kau yang bekerja kata sibuk dan
tak ada masa, aku jamin aku 5x lagi sibuk dari kau.
Cuma kita sebagai suami kena ingat, kita terlalu meremehkan
hal-hal di dalam rumah seperti tentang perkembangan anak-anak, kepenatan isteri
jaga makan pakai kita, barang mandi atau perhiasan isteri dah habis, stokin dan
spender campak merata dll.
Penat weh urus rumahtangga sebenarnya, dulu masa Farrel lahir
aku jaga El pantang dan uruskan hal rumah pun penat. Sekarang bila Aldric
lahir, aku uruskan Farrel yang cranky gila sebab ada adik plus El tengah
berpantang lagilah 10x ganda penat.
Tapi itulah kita sebagai suami, kalau tak bersedia nak berkorban
jangan gatal nak anak orang. Ingat, lelaki dilahirkan untuk berkorban dan
berjuang. Jangan asal balik kerja balik melepak, kau goyang kaki goyang telor,
tau-tau semua dah terhidang.
Tengah malam yang kau tahu nak pakai isteri. Dia separuh nyawa
bersilat dari siang sampai ke malam kau tak fikir? Time ni pandai pula cakap
isteri walau atas unta sekalipun wajib layan suami.
Habis tu sediakan keperluan, mengemas, memasak kau ingat dalam
Islam tugas isteri? Banyak kau punya lawa ya, tugas isteri ni melayan suami dan
anak-anak je sebenarnya bang.
Bawa-bawalah kurangkan melepak malam kalau tak mendatangkan
faedah. Apa yang kau nak malu sangat member cakap #SalamGari atau bini singa?
Bukan member basuh spender kau bang. Bukan member yang tahan lapar bila kau tak
ada duit nak beli barang dapur.
Suka aku pesan, member ada hadnya. Member ada tempatnya. Isteri
bukan hamba tapi adalah separuh jiwa. Kau abaikan isteri sama macam kau tengok
bapak kau abaikan mak kau. Suka?
Kalau kau tak ada member yang
dok sindir, yang tak nak paham tugas sebagai suami tu, kau tak rugi satu sen
pun bang. Jangan kawan dia. Kalau dok ejek kau juga, kau starlight kan je.
Bangang.
Anak-anak tengok layanan kau
pada isteri, dia orang ingat macam mana kau buat pada mak dia orang. Dah tua
esok, nangis air mata darah pun dah tak guna kalau anak anak ketepikan kau dan
utamakan member-member dia yang tak ada masa depan dan bawa pengaruh yang
buruk.
Belum terlambat untuk kita buat isteri kembali tersenyum macam
mula-mula kahwin dulu. Tiada istilah terlambat selagi nyawa masih dikandung
badan, belum terlambat selagi pernikahan masih halal dan penceraian belum
difailkan.
Bahagia ni bila kau bertolak ansur, bahagia ni bila saling
memahami satu sama lain dan bahagia ni bukan hanya suami yang bersenang-lenang.
Ianya bukan sekadar kau cantik, bukan sekadar kau hebat berniaga.
Kau kongsilah segalanya dengan pasangan terutama dari segi
kewangan. Ini sangat penting supaya suami atau isteri faham situasi dan gelora
yang sedang melanda keluarga. In shaa Allah segalanya akan dapat diatasi.
Kalau bukan kebahagiaan untuk kedua-dua pihak yang kau cari,
tanya diri sendiri untuk apa kau berkahwin kerana sesebuah perkahwinan itu
adalah satu perkongsian.
Kau patut bersyukur kerana dianugerahkan seorang isteri dan ibu
yang baik lagi penyayang. Betul kata Nabi, pilihan yang mendapat restu ibu bapa
dan Ilahi akan membuahkan keberkatan. Dia seorang yang penyabar.
Kesabarannya itu menyebabkan banyak perubahan dalam kehidupan
kau bang. Dia mula sanggup berkongsi masa dengan kerja, kawan atau hobi kau
tanpa mengeluh.
Dia sanggup menunggu kepulangan kau walaupun telah larut malam
demi kelangsungan periuk nasi keluarga dan mereka-mereka yang bekerja dibawah
kau.
Dia tak pernah putus memberi semangat dan nasihat kepada kau
hinggalah ke saat ini. Kita sebagai suami banyak terhutang budi dengan isteri.
Allah, peliharalah permaisuriku Eleena Arif ini, panjangkan
umurnya, murahkan rezekinya dan bahagiakan kami seperti mana kau bahagiakan ibu
bapa kami hingga ke syurgaMu.
Kalau ini pun kau tak boleh baca sampai habis, macam mana kau
nak harap isteri faham dengan diri kau? Lapangkan dada, baca dengan fikiran
yang positif in shaa Allah semoga ada manfaat untuk kita semua.
Jangan lupa saksikan Tips Usahawan bersama Mizan Dzai dalam
Potret Niaga TV3 setiap Selasa jam 5.30 petang.


0 comments:
Post a Comment