Ini mungkin kedengaran
agak kelakar tapi rupa-rupanya ada kucing yang sanggup menculik anak kucing
dari ibu lain supaya dapat dijadikan anak angkat.
Kejadian pelik itu dikongsi oleh SBS TV dalam kejadian yang berlaku di Korea Selatan.
Menurut SBS TV, kucing terbabit 'menculik' keempat-empat anak kucing dari kawasan berdekatan dan membawa kesemua mereka pulang ke rumahnya.
Kejadian pelik itu dikongsi oleh SBS TV dalam kejadian yang berlaku di Korea Selatan.
Menurut SBS TV, kucing terbabit 'menculik' keempat-empat anak kucing dari kawasan berdekatan dan membawa kesemua mereka pulang ke rumahnya.
Bukan setakat
bermain-main, kucing itu turut memberikan susu kepada 'anak-anaknya' itu.
Namun, seorang lelaki yang
dipercayai penjaga kepada penculik itu berkata dia terpaksa memulangkan kembali
anak-anak kucing itu kepada ibu asalnya.
Apabila sedar semua
anak-anak angkatnya hilang, kucing terbabit mula menggelabah dan tercari-cari
Sementara itu, anak-anak
kucing tersebut dipulangkan semula kepada ibu kandung mereka.
Namun, perkara mengejutkan
berlaku apabila ibu itu seperti tidak menginginkan lagi anak-anaknya. Malah ia
turut marah apabila didekati oleh salah seekor anaknya.
Disebabkan itu, anak-anak
kucing tersebut terpaksa dipulangkan semula kepada penculik mereka.
Pengakhirannya, anak-anak
kucing itu dikatakan gembira bersama ibu baharu mereka. Namun misteri mengapa
ibu kandung anak-anak kucing itu tidak menginginkan anak-anaknya masih tidak
terjawab. Tapi sekurang-kurangnya ibu angkat itu mendapat 'hak penjagaan' untuk
menjaga anak-anak barunya itu.











0 comments:
Post a Comment