Frankenlouie – Kucing Berwajah Dua Mati Pada Usia 15 Tahun
Pastinya hari yang menyedihkan kepada pencinta haiwan apabila
Frankenlouie, kucing berwajah dua tertua di dunia, dilaporkan mati pada usia 15
tahun.
Kematian kucing itu yang juga dikenali sebagai Frank dan Louie berlaku
Khamis lalu di Sekolah Veterinar Cummings, Massachusetts.
Pemiliknya, Marty Stevens memberitahu Telegram of Worcester, kematian
Frankenlouie disebabkan kanser.
Selain dua wajah, kucing berkenaan juga memiliki dia hidung, dua mulut
dan 3 mata berwarna biru.
Frankenlouie memegang Guinness World Record pada 2012 sebagai Kucing
Janus paling tua di dunia ketika itu.
Janus adalah Dewa Roman yang memiliki dua wajah.
Tempoh hidup selama 15 tahun yang ditempuh Frankenlouie adalah sesuatu
yang ajaib untuk kucing dalam kategori berkenaan.-MYNEWSHUB


0 comments:
Post a Comment