Jika anda seorang lelaki
yang rendah dan cute, anda mungkin
cemburu dengan jejaka-jejaka lain yang lebih tinggi.
Wanita rata-rata lebih tertarik
dengan lelaki tinggi. Lelaki tinggi juga menerima bayaran gaji yang lebih
besar. Lelaki tinggi juga mempunyai kecenderungan untuk dipilih sebagai
pemimpin negara.
Itulah
keputusan sebuah kajian yang diterbitkan dalam jurnal PLOS ONE. Namun, masih
ada satu bahagian di mana lelaki tinggi tidak mempunyai sebarang kelebihan
iaitu kadar kematian.
Kajian
yang dijalankan oleh penyelidik dari University of Hawaii itu membuat
pemerhatian ke atas 8,003 lelaki Amerika yang mempunyai keturunan berdarah
Jepun yang lahir antara tahun 1900 hingga 1919. Mereka mendapati kadar
ketinggian fizikal seorang lelaki adalah berkadar langsung dengan kadar
kematian.
Selain itu, lelaki rendah juga
didapati mempunyai paras insulin darah yang lebih rendah dan jarang mendapat
penyakit barah.
Semasa
kajian itu dijalankan pada tahun 2014, seramai 120 orang peserta masih hidup
dan hampir kesemuanya berketinggian di bawah 5'2" (157.5cm)
Untuk
pemahaman mudah, lelaki rendah mempunyai sel badan yang kurang daripada lelaki
tinggi. Disebabkan itulah kadar terkena penyakit kanser juga berkurang.
Sebaliknya, lelaki tinggi dan besar pula menghasilkan lebih banyak hormon
pertumbuhan yang menyebabkan replikasi sel pada kadar yang lebih cepat.
Tidak kiralah anda tinggi
atau rendah, jika anda jaga pemakanan dan amalkan gaya hidup sihat, tidak
mustahil anda juga mampu hidup lebih lama. Walau bagaimanapun, kita hanya mampu
merancang dan berdoa. Selebihnya, hal ajal dan maut terletak di tangan Yang
Maha Esa.
Apa-apa pun, tiada apa
yang boleh anda lakukan tentang ketinggian anda. Bersyukur sajalah dengan
kurniaan Allah dan nikmat yang diberi.
0 comments:
Post a Comment