KECOH di media sosial baru-baru
ini apabila dua keping gambar kononnya seorang peniaga di sebuah gerai bazar
Ramadan di Setiu, Terengganu menjual daging kucing bakar.
Timbul pula
pelbagai persoalan sehingga ada yang keliru kerana bentuk makanan eksotik yang
dijual itu menyerupai kucing dan anak anjing.
Susulan
tularnya gambar tersebut, pemilik gerai, Ebbie Shafiran memuat naik status di
laman Facebook menjelaskan
keadaan sebenar sekali gus menafikan gerainya menjual daging yang tidak halal.
“Jangan kecam
saya, saya jual arnab jer, makanan halal bukan makanan haram nak jual ikut
suka,” tulisnya.
Jelasnya, dia
memang ada memuat naik dua keping gambar itu yang memaklumkan mengenai
penjualan daging arnab bakar di laman Facebooknya sebelum
menjadi tular di laman sosial.
Namun, ada
pihak yang tidak bertanggungjawab mengubah suai gambar tersebut dan
menyebarkannya sehingga menimbulkan kekeliruan netizen.
Menerusi laman
Facebook Ebbie, dia mengakui ada pihak yang keliru dengan daging arnab bakar
tersebut kerana bentuknya.
“Salah faham
sebab bentuk, biasa lar tu,” tulisnya.


0 comments:
Post a Comment