Tadi saya pergi
Maybank, beratur di belakang seorang auntie ini. Dari belakang, saya intai dia
keluarkan duit. Tengok, ada baki RM13. Dia nak keluarkan RM10 tetapi tak boleh
sebab baki tidak insufficient balance.
Ada orang
menghubungi dia seperti menggesa dia bank in duit yang dipinta dengan segera.
Nampak seperti ada kecemasan.
Wajahnya sudah
risau dan dia beratur di di Deposit Machine. Saya memerhatikan saja dari
belakang.
"Auntie,
Auntie mau kasi itu wang sama siapa? Sama anak belajar ka?" soal
saya.
"Tidak, mau
kasi sama anak kerja di Penang. Tak cukup wang mau makan," jawabnya.
Sedih bila
direnung. Auntie yang berusia lingkungan 60'an ini masih mengambil berat dan
memberi anaknya makan. Dunia seperti sudah terbalik. Seorang ibu masih memberi
anaknya makan meskipun anaknya sudah dewasa.
"Auntie sudah
makan? Tak apa, Auntie simpan ini wang. Saya belanja Auntie makan," kata
saya padanya.
Dia menangis bila
saya berkata begitu. Saya pun sedih. Rupa-rupanya ramai lagi orang yang susah
dari saya. Saya tidak sanggup melihat orang susah sebab saya pun pernah susah.
Sambil
berborak-borak dengan Auntie, saya hulur business card saya pada dia.
"Tak apa
Auntie, kalau ada apa-apa, boleh call saya. Ada business untuk dikongsikan.
Saya pun tak mahu senang seorang-seorang," kata saya.
"Okay, terima
kasih ya adik," katanya.
"Sama-sama
Auntie!" balas saya.
Ingatlah wahai
anak-anak. Bila anak meminta duit dari ibu bapa, walaupun mereka tiada duit
mereka tetap akan kata ada. Mungkin mereka pinjam dari jiran sebelah hanya
kerana mahu memberi duit kepada anak.
Ingat, kalau kita
tidak mampu memberi mereka duit, jangan sesekali meminta wang dari mereka.
Cukuplah mereka sudah membesarkan kita dengan ilmu agar kita boleh mencari duit
sendiri.
Ingat, ibu dan bapa
tidak memerlukan duit anda sebenarnya. Mereka hanya perlukan perhatian anak.
Balik dan jenguklah mereka di kampung, itu sudah memadai. Kalau sibuk mana
sekali pun, hubungilah mereka. Sejuk hati mereka bila dapat mendengar khabar
dan suara anda. Jangan nak duit, baru sibuk nak menghubungi mereka.
Ingat, sibuk
memanjang, site meeting sana sini, appointment bisnes siang malam, akhirnya
duit pun tak pernah cukup. Tiba masa untuk anda balik rumah dan pandang muka
mereka.
Ingat, pandang muka
mereka, rezeki mudah masuk. Amin!
Kongsikanlah cerita
ini agar semua orang baca cerita sebenar. Biar anak-anak faham keadaan ibu bapa
mereka. Jangan susahkan mereka lagi. Mereka sudah tua.
Kita hidup tidak
mengharapkan balasan berupa harta. Hanya doakan saya murah rezeki dan diberikan
kesihatan yang baik
0 comments:
Post a Comment