Kisah persahabatan antara kucing dan
anjing yang telah menarik perhatian ramai orang ini telah dikongsikan oleh
seorang netizen di Jepun baru-baru ini.
Kisah antara seekor anjing Dachshund bernama Furawazu dan seekor
kucing bernama Shaomi telah menjadi viral selepas kisah mereka dikongsikan oleh
tuan mereka.
Mereka berdua dikatakan sangat rapat dan akrab antara satu sama lain. Mereka juga adakalanya makan bersama-sama. Walaupun Shaomi adalah kucing liar dia tetap diterima dan boleh membiasakan diri dengan keluarga ini sehingga menjadi rapat dengan Furawazu
Malang tidak berbau apabila suatu hari
Shaomi telah mengalami kemalangan sehingga membawa kepada kematiannya.
Tuannya segera membungkusnya dan membawanya pulang sebelum
ditanam oleh Lembaga Penanaman Haiwan pada keesokan harinya. Apa yang
menyedihkan Furawazu tidak mengerti akan kejadian itu. Dia mengejutkan temannya
daripada tidur seperti biasa.
Furawazu kelihatan
menjilat mayat Sahomi dan adakalanya menggigit sahabatnya, seolah-olah mahu
membangunkannya daripada tidur. Dia kelihatan cemas kerana Shaomi masih tidak
bangun.
Ketika tuannya mahu
memindahkan mayat Shaomi, Furawazu menggigit kain yang membaluti Shaomi,
seolah-olah tidak rela temannya dibawa pergi.
Sesiapa pun yang melihat
gambar-gambar ini pasti merasakan kesedihan yang dialami oleh anjing ini. Siapa
sahaja yang tidak sedih apabila ditinggalkan sahabat baik









l love pity cat god bless
ReplyDelete