Ada yang menyatakan perasaan sayang itu
dibalas dengan perasaan sayang. Sekiranya kita menyayangi orang atau
makhluk yang lain, mereka juga akan menyayangi kita sebagai balasan.
Sebagai manusia yang mempunyai akal yang lebih dari makhluk
lain, sepatutnya kita boleh berfikiran dan bertimbangrasa untuk menjaga makhluk
yang lain sekiranya ia memerlukan bantuan.
Inilah yang dilakukan oleh seorang lelaki yang menemui tiga ekor
anak kucing sesat yang memerlukan bantuan dan perlindungan.
Seorang lelaki dari Orlando,
Florida, Amerika Syarikat telah menghadiri satu seminar apabila beliau
terserempak dengan tiga ekor anak kucing yang berpelukan antara satu sama lain
di satu penjuru di hotel Marriott
World Center. Ketiga-tiga anak
kucing itu tidak henti-henti mengiau memanggil ibu mereka yang tidak kelihatan.
Salah seorang pekerja valet di hotel itu
mengatakan yang dia ternampak anak-anak kucing itu telah keluar dari enjin
sebuah kereta yang diletakkan di perkarangan hotel awal pagi itu.
Risau akan keselamatan anak-anak kucing itu yang mungkin tidak
akan hidup lama jika dibiarkan begitu sahaja tanpa bantuan sesiapa, beliau
telah mengambil ketiga-tiga anak kucing itu.
Pada mulanya, anak-anak
kucing itu berasa takut dan telah lama terdedah dengan cuaca yang panas. Lelaki
itu telah menemui sebuah kotak dan memasukkan ketiga-tiga anak kucing itu ke
dalamnya lalu membawa mereka pulang ke rumahnya.
Semasa di rumah, anak-anak kucing itu telah
diberikan air, makanan dan tempat perlindungan sementara dalam mendapatkan
mereka tempat perlindungan yang kekal kelak.
Apabila terpandangkan lelaki ini, anak-anak kucing ini berasa
takut pada mulanya. Akan tetapi lama kelamaan mereka berasa selesa bersama
lelaki ini dan mulai mesra. Mungkin mereka menyedari yang manusia tidaklah
semuanya bersikap dingin terhadap haiwan.
Selepas beberapa hari, lelaki ini mengambil keputusan untuk
memelihara ketiga-tiga anak kucing ini kerana sudah berasa sayang untuk
memberikan mereka kepada orang lain.
Seekor daripada anak
kucing berkenaan menjadi sangat rapat dan akrab dengan anjing peliharaannya
Katanya,
anak kucing itu tiba-tiba sangat sayangkan anjing Border Collienya
bernama Valerie. Mereka berpelukan di antara satu sama lain selama berjam-jam
lamanya seperti tidak mahu melepaskan satu sama lain.
Anak kucing itu telah dinamakan Anastasia dan sangat disayangi
oleh tuan barunya. Sementara itu Valerie, si anjing peliharaan itu merasakan
yang Anastasia seperti anaknya sendiri. Valerie sangat menyayangi Anastasia
seperti mana seekor ibu menyayangi anaknya.







0 comments:
Post a Comment