MACHANG, KELANTAN – Susulan
viral kes seorang lelaki mencabul dan cuba merogol seorang wanita di tandas
sebuah stesen minyak Khamis lalu, ahli keluarganya tampil memohon maaf dan
memberi penjelasan mengenai kejadian itu.
Wan Rabiatul Adawiah Cekda berkata, suspek, Muhammad Samir bin
Hassan, 25, mempunyai masalah kesihatan mental dan telah beberapa kali
dimasukkan ke wad psikiatri di Hospital Raja Perempuan Zainab II.
“Saya salah seorang waris suspek kes ini memohon maaf di atas
kes ini. Sebenarnya suspek ada masalah mental dan telah beberapa kali
dimasukkan ke dalam wad psikiatri di Kota Bharu.
“Mungkin ada yang terfikir, mengapa kami tak masukkan dia ke
dalam wad sebelum kejadian ini. Untuk pengetahuan, bukan semudah ABC untuk kami
masukkan suspek ke dalam wad. Kami perlu ada kes suspek mengamuk atau
mencederakan orang, baru boleh dimasukkan ke dalam wad.
Jelas Wan Rabiatul lagi, jika suspek tidak mempunyai masalah
kesihatan, lelaki itulah yang akan menjaga ibu dan neneknya di kampung.
“Kalau fikir logik akal, boleh
tengok video itu. Suspek tidak melawan, apatah lagi menutup muka dia. Ini
kerana dia memang tidak sedar apa yang dia lakukan. Mungkin tak ada rasa
apa-apa.
“Saya wakil keluarga memohon maaf kepada mangsa dan keluarga
mangsa,” katanya.
Terdahulu, mangsa mendakwa
suspek telah memanjat masuk ke dalam tandasnya semasa dia sedang membuang air
kecil sebelum dicabul dan cuba dirogol oleh suspek.
Bagaimanapun jeritannya
meminta tolong berjaya membuatkan seorang wanita berhampiran pergi mendapatkan
bantuan sebelum suspek ditangkap dan diserahkan kepada polis untuk tindakan
lanjut.
Sumber : brodespatch




0 comments:
Post a Comment