Pelbagai alasan yang diberikan oleh seseorang
lelaki apabila pasangannya mendapat tahu mengenai perbuatan curang atau
selingkuh yang dilakukan. Lelaki dan curang memang sukar dipisahkan. Namun
tidak semua lelaki bersikap begitu ya! Mari kita lihat sebab mengapa si
lelaki suka dan mudah curang dengan pasangan mereka.
PERNAH DITIPU
Si lelaki pernah ditipu dalam perhubungan sebelum
ini dan cuba mencari keseronokan dengan menipu gadis lain pula. Ini adalah
konsep mudah yang semua orang tahu. Si perempuan kantoi berkayu tiga dengan
lelaki lain, dan di pihak lelaki, secara semulajadi kelakiannya, akan membalas
apa yang teman wanita/isteri dia lakukan. Bunyinya agak janggal dan ekstrim,
tapi itulah hukum karma.
PELUANG DIMANA-MANA
Si lelaki tahu bahawa girlfriend/ isteri mereka
tiada di sisi dan mereka tidak punya sixth sense untuk mengetahui apa yang
sedang anda lakukan di belakang mereka. Ini membuka peluang untuk mereka
berfoya-foya dengan perempuan lain. Media dan telekomunikasi membawa kenaikan
drastik kepada peningkatan kadar penceraian. Namun perlu diingat, ketika si
lelaki leka mencuri peluang, di pihak perempuan pula sibuk memasang
‘mata-mata’.
TEST MARKET
Setia dengan perhubungan jangkamasa panjang boleh
membuatkan lelaki menjadi sangsi dengan marketability dirinya. Adakah dia masih
tampan dan macho pada mata orang di luar sana? Jadi mereka cenderung untuk
flirt dengan perempuan sepejabat atau bermain SMS romantis. Gejala ini mungkin
hanya sementara, hanya untuk cuba-cuba, tetapi kalau silap perhitungan,
pasangannya mungkin berputih mata.
SUDAH TIADA CINTA
LAGI
Kalau hati sudah tidak suka, apa yang perlu
dihiraukan lagi. Si lelaki mungkin dalam perancangan ke arah memutuskan
hubungan dengan anda. Mungkin mereka belum tidak punya sebab kukuh untuk putus,
atau masih perlukan ‘love-with-benefit’ daripada anda (wang, pengaruh, atau pelajaran).
Ya, lelaki kadangkala seteruk itu…
SALAH LELAKI ITU
SENDIRI
Tiada alasan lain yang lebih tepat daripada
mengakui kesilapan sendiri. Kegagalan mengawal emosi dan belenggu hawa nafsu
yang rapuh menjurus kepada berlakunya zina. Apa pun masalah atau badai yang
menimpa sesuatu hubungan itu, hendaklah ditangani dengan waras akal dan
berhemah. Si lelaki, sebagai pemimpin, haruslah berusaha mengekalkan mahligai
yang dibina dan bukannya mencari jalan mudah.


0 comments:
Post a Comment