Chalet Terapung terletak
di sekitar kawasan Kampung Segantang Garam, Merbok Kedah. Kawasan chalet ini
diusahakan pada 16 Januari 2010 dengan modal terkumpul daripada Pertubuhan
Peladang Kawasan (PPK) Merbok dan Lembaga Pertumbuhan Peladang (LPP). Chalet
ini sesuai untuk sesiapa sahaja yang inginkan ketenangan dan kedamaian. Kawasan
di sekeliling chalet ini dihiasi dengan keindahan kehijauan hutan paya bakau
Sungai Merbok dengan berlatar belakang Gunung Jerai.
Chalet ini dianggap unik kerana merupakan satu
satunya chalet terapung yang diusahakan oleh PPK seluruh negara setakat
ini.Menurut pengurus di sini iaitu Pengurus Bahagian Agro Pelancongan dan
Infrastruktur Ladang PPK Merbok, Hamdan Awang berkata, sekarang mereka
mempunyai tujuh buah chalet terapung. Dua daripada chalet ini dilengkapi dengan
penghawa dingin dan sebuah chalet di sini merupakan jenis VIP yang dilengkapi
dengan perabot, peralatan dapur, televisyen dan ruang santai.Selain itu, mereka
juga mempunyai dua buah chalet berkembar tanpa penghawa dingin dan empat buah
bilik penginapan berasingan
Tarikan utama chalet
terapung ialah aktiviti memancing. Satu pelantar disediakan untuk aktiviti
memancing oleh para pelancong. Kadar bayaran yang dikenakan untuk aktiviti
memancing ialah sebanyak RM15 seorang tanpa had masa yang ditetapkan iaitu bagi
pengunjung yang tidak menginap di chalet ini. Terdapat pelbagai jenis ikan yang
boleh didapati di sini iaitu ikan sembilang, jenahak, kerapu dan senangin.
Manakala bagi pengunjung yang menginap di chalet ini mereka berpeluang untuk
melakukan aktiviti memancing di pulau-pulau yang berhampiran dengan
perkhidmatan bot.
Penubuhan chalet terapung ini
mempunyai matlamatnya yang tersendiri. Chalet ini dibangunkan untuk memberi
peluang pekerjaan dalam kalangan para peladang atau ahli-ahli PPK di Ban
Merbok. Mereka boleh meraih pendapatan sampingan dengan menyediakan sewa bot,
memandu pelancong, menjual hasil tanaman atau ternakan sungai. Menurut penduduk
di kawasan chalet ini, chalet terapung mendapat sambutan yang amat
memberangsangkan tidak kira daripada pelancong dalam atau luar negara.
Jika anda mahu menginap ke
chalet ini, kadar bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM40 hingga RM250
untuk satu malam. Chalet ini katanya menerima tempahan penuh hampir setiap hari
dan jarang menerima pengunjung yang walk-in kerana bilik sentiasa penuh. Chalet
ini mendapat sambutan yang hangat apabila tibanya musim cuti sekolah. Untuk
maklumat lanjut mengenai chalet ini anda boleh menghubungi Pertubuhan Peladang
Kawasan Merbok, Jalan Batu Hampar, 08400 Merbok Kedah di talian 04-4572117
ataupun lawari laman web www.chaletterapung.weebly.com atau laman Facebook/
Chalet Terapung Utusan.Online.
0 comments:
Post a Comment