PESAWAT AirAsia penerbangan AK37 menuju ke Cochin, India, dari
Kuala Lumpur, hari ini, terpaksa berpatah balik ke klia2 berikutan masalah
teknikal.
Menurut kenyataan AirAsia, penerbangan itu yang berlepas ke
India pada 6.25 pagi, mendarat dengan selamat di klia2, selepas dua jam
penerbangan.
Tanpa mengulas lanjut, AirAsia berkata penerbangan itu
dijadualkan semula untuk berlepas pada 3.45 petang.
“Semua penumpang diurus dengan baik oleh AirAsia. Kami dengan
ikhlas memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku,” menurut kenyataan itu.
0 comments:
Post a Comment