PEREMPUAN kejam ini sepatutnya disula.
Perbuatannya yang membunuh kucing yang baru dibelinya dan kemudian menyiat kulit
binatang tersebut disebabkan dia tidak mempunyai wang untuk memeliharanya,
tidak sepatutnya dimaafkan.
Wanita itu yang
dikenali sebagai Lan Yan, sebelum ini telah membeli kucing terbabi di sebuah
kedai di Lijiang, China, pada harga RM1,668 namun kemudian menyedari dia tidak
mempunyai wang untuk memelihara kucing terbabit.
Lan Yan
kemudiannya kembali ke kedai itu dan memberitahu dia mahukan wangnya semula dan
mahu memulangkan kucing terbabit, namun ditolak oleh pekedai, Sheng,
memandangkan kucing itu tidak mengalami sebarang kecacatan.
Bagaimanapun
lima hari selepas Sheng menolaknya, dia menemui beg plastik berwarna hitam di
luar kedainya. Selepas membuka plastik itu, alangkah terkejutnya Sheng apabila
mendapati ada kucing yang mati dan kulitnya disiat.
Melihat
kepada bentuk kucing tersebut, Sheng menyedari bahawa ia adalah kucing yang
telah dijualnya kepada Lan Yan.
Sheng
kemudiannya mengecam pembunuhan kucing itu di dalam media sosial.
“Inilah kali
pertama saya terpaksa berdepan dengan perbuatan seumpama ini sejak saya membuka
kedai. Wanita itu menggunakan kaedah yang sangat kejam untuk menamatkan riwayat
seekor binatang.
“Saya berharap
agar mereka yang tidak pasti supaya memikirkan sedalam-dalamnya sebelum
mengambil keputusan untuk memelihara binatang. Tidak apa jika tidak sayangkan
binatang, tapi jangan cederakan mereka,’’ demikian tulis Sheng dengan panjang
lebar.
Tidak lama
kemudian, iaitu dua hari lepas, Lan Yan telah mengemukakan permohonan maaf
secara terbuka .
“Kepada semua
pencinta binatang, saya minta maaf kerana melukakan hati anda,’’ katanya yang
menjelaskan dia tidak mampu memelihara kucing disebabkan sewa apartmentnya yang
tinggi.
Dia juga mendakwa telah merayu kepada Sheng supaya memulangkan duitnya, namun ditolak oleh Sheng. –
Dia juga mendakwa telah merayu kepada Sheng supaya memulangkan duitnya, namun ditolak oleh Sheng. –



0 comments:
Post a Comment