Segamat
– Seorang wanita terkejut apabila mendapati seekor ular tedung selar sepanjang
tiga meter berada di kawasan rumah ibunya di Jalan Tahang Rimau, di sini,
petang kelmarin.
Dalam kejadian
kira-kira jam 5.30 petang itu, Sabrina Asraf, 31, membasuh pinggan di dapur
sebelum menjenguk ke luar tingkap selepas berasa pelik ketika terdengar bunyi
bising haiwan peliharaan ibunya.
Saya pelik
apabila kucing dan ayam tidak berhenti berbunyi lalu memandang melalui tingkap
sebelum melihat ular tedung selar yang sangat besar sedang berdiri setinggi
kira-kira 1.5 meter.
Saya terus
menghubungi saudara terdekat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk
bantuan sambil menutup tingkap dan pintu bimbang ia masuk ke dalam rumah,
katanya.
Suri rumah yang
menetap di Kuala Lumpur itu berkata, dia bersyukur kerana anak-anaknya belum
keluar bermain di laman rumah seperti kebiasaan.
Dia yang pulang
pada hujung minggu ke rumah ibunya, berkata halaman rumah ibunya memang pernah
didatangi ular sawa sebelum ini.
Sudah beberapa
kali rumah ini didatangi ular dan saya selalu berpesan kepada ibu supaya
sentiasa menutup tingkap dan pintu kerana bimbang haiwan itu masuk ke dalam
rumah katanya.
Ketua JPAM
Daerah Segamat Nur Jazlan Jamaluddin berkata, pihaknya menghantar empat anggota
ke tempat kejadian dan menangkap ular tedung selar yang dianggar seberat lebih
40 kilogram itu.
Kami mengambil
masa 25 minit untuk menangkap reptilia berkenaan dan akan diserahkan kepada
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Segamat
katanya. – myMetro Online


0 comments:
Post a Comment