BEGITULAH kejamnya
segelintir manusia pada zaman ini, sampaikan kucing yang tidak berdosa ini
telah dijadikan bahan ‘mainan’ oleh individu yang berhatikan syaitan, lagi
bertopengkan manusia.
Semalam, seorang pengguna Facebook Rayyen Khalis memuat naik beberapa
gambar seekor kucing yang disumpit di bahagian abdomennya yang mana telah
mencetuskan kemarahan buat pecinta haiwan kesayangan nabi ini.
Menerusi postingnya, Rayyen memberitahu kejadian itu bukanlah
merupakan insiden pertama dilihatnya. Di mana sebelum ini, kucing yang sama
juga pernah disumpit di bahagian perutnya.
“Bila berpindah ke Rawang ini, macam-macam orang pelik yang ditemui.
Semalam balik dari kerja, terkejut tengok kucing ini disumpit dengan besi
berkarat buat kali kedua oleh jiran.
“Saya nampak di depan mata saya sendiri. Pelakunya adalah seorang
lelaki dewasa yang sudah mempunyai tiga orang anak. Tetapi perangai macam
haram!” tulisnya.
Dia
cuba untuk bersemuka dengan lelaki terbabit, namun dikhabarkan lelaki itu
enggan keluar dari rumahnya.
“Lepas
itu saya pergi ke rumah orang tu, panggil dia tapi tak nak keluar. Pagi tadi
nak panggil lagi sekali namun terpaksa batalkan niat sebab dia lepaskan anjing
di luar pagar depan rumahnya.
“Apa
dosa kucing ni sampai kena macam ni? Sebelum ini, kucing ini disumpit dan
tercacak di tepi perutnya,” katanya.
Kekejaman yang
berlaku terhadap haiwan bagaikan tidak terbela biarpun undang-undang yang sedia
ada masih belum mampu untuk mendidik segelintir masyarakat yang nampak
sahaja ‘normal’ namun hakikatnya langsung tidak berotak.
Susulan itu,
netizen di ruangan komen yang dilihat berang dengan insiden penganiayaan haiwan
seperti ini meminta agar pihak berkuasa segera mengambil tindakan ke atas individu
tidak bertanggungjawab tersebut.
Perkongsian
dari Rayyen itu sehinga kini menerima lebih daripada 1,000 dalam kalangan warga
media sosial.-MYNEWSHUB.CC




0 comments:
Post a Comment