Wanita idaman lelaki
Wahai wanita, sesungguhnya
kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk.
Adam yang bengkok menghiasi
taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang, kau umpama sekuntum
bunga, harum aromamu menarik sang kumbang untuk mendekatimu.
Namun, bukan semua bunga mampu
menarik kumbang jika terdapat cacat cela. Antara ciri wanita idaman lelaki
adalah :
1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada
agama mempunyai keperibadian yang unggul.
Batas-batas syariat yang dipegang
dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang
layak dikagumi oleh lelaki.
Dia tidak akan melakukan sesuatu
yang bertentangan dengan syariah Islam.
Memang beruntung mana-mana lelaki
yang beristeri dengan wanita sebegini.
2. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah
lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah
kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki.
Kalau cantik, tu dikira sebagai
BONUS.
Wanita yang mempunyai kecantikan
dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya
hanya untuk mencari nama dan wang.
Mereka tidak akan sesekali tunduk
pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.
3. Manja
Lelaki suka wanita yang
keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan
sebagai pelindung.
Namun begitu, sifat manja dan
keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu
seperti kurang matang.
4. Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang
pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak
dipisahkan.
Mereka akan kelihatan bertambah
cantik jika bijak menguruskan penampilan diri.
Lelaki secara fitrahnya memang
mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka
bangga.
5. Berakhlak Mulia
Wanita yang berakhlak mulia
dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi
seindah hiasan adalah wanita solehah.
Merekalah ibu, isteri, kekasih
dan merupakan tunjang kejayaan suami.
6. Tidak Mempamer Keseksian
Lelaki suka menjamu mata dengan
melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan
diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.
7. Tidak Cerewet
Lelaki suka pada wanita yang
tidak cerewet. Mengapa pula?
Sebab wanita yang cerewet boleh
merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya.
Biasanya, wanita yang cerewet
suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah
perkara kecil.
8. Memahami Lelaki
Wanita yang memahami hati lelaki
biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang
mampu memahami
situasinya dalam keadaan suka dan duka.
Pendek kata, tanpa perlu
bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya.
Lantas, bertindak menghiburkan
atau memberi kekuatan.
9. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan
sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita
Sejuk Mata Memandang seperti di bawa ini:
.:: – Bersopan satun
.:: – Sentiasa memaniskan wajah
.:: – Senantiasa memberikan
senyuman ikhlas
.:: – Menutup aurat
.:: – Ramah dan mesra
.:: – Tidak terlalu cemburu
.:: – Menghormati orang lain
.
Inilah 9 ciri-ciri wanita yang
menjadi idaman lelaki.
Jadikan tips yang terakhir ini
sebagai rutin harian dalam hidup. Sebelum tidur, cuba menilai atau memuhasabah
diri kita kembali.
Cuba lihat di mana kelebihan dan
kekurangan diri kita serta apa yang telah kita capai pada hari ini.
Andai kita mampu mengatasi kelemahan diri sendiri,
teruskan memperbaikinya dengan secara beransuran dan fahami bahawa kelemahan
itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita.
Sepertimana Dr Fadhillah Kamsah
mendidik jiwa kita agar senantiasa mengamalkan sifat saling memaafi antara satu
sama lain pada setiap malam sebelum melelapkan mata dan menikmati alam
keindahan bermimpi.
Lantas,
gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan dalam diri
untuk kebaikan bersama.
Ingatlah
bahawa setiap keindahan dan kesempurnaan itu hanya milik sang penakluk jiwa
para hamba-hamba-NYA, yakni sang KHALIQ yang Maha Pencipta.
Manakala
pada kecacatan, keburukan dan kelemahan adalah ciptaan manusia itu sendiri


0 comments:
Post a Comment