BULETIN
Jika anda lihat,
selebriti yang kami senaraikan ini suatu ketika dahulu sangat popular dan
pernah merangkul pelbagai anugerah. Namun kini, hilang tanpa khabar berita.
Apa yang
pasti, masing-masing mempunyai alasan tersendiri mengapa mereka menginggalkan
industri seni tanah air.
1.
ANITA SARAWAK
Kali terakhir Anita
muncul membuat persembahan adalah ketika mengadakan persembahan sempena Minggu
Setiausaha di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada April 2011.
Hanya dua
hari sebelum berangkat, Anita yang lebih mesra membahasakan dirinya sebagai Kak
Nita menemui ahli keluarga untuk menyatakan hasratnya pulang ke Las Vegas.
Selepas itu, bayangan
Anita tidak lagi menjelma malah kehilangannya menjadi tanda tanya kepada ramai.
Lebih
menyedihkan, Anita tidak pulang untuk memberi penghormatan terakhir ketika ibu
tirinya, Allahyarham Datin Umi Kalthum meninggal dunia dalam tidur pada Ramadan
2014.
2. MALIQUE IBRAHIM
Kali terakhir muncul
membuat persembahan pada tahun 2007 di Kuala Lumpur untuk Kanye West.
Ada orang
cakap semua benda tak kena sebab Malique seorang yang perfectionist. Ada juga
yang cakap dia menghidap Schizo Paranoia. Tak suka media campur tangan dalam kehidupan
peribadi. Sumber memberitahu, Malique kini tinggal di Damansara.
3. WAHEEDA
Penyanyi dan pelakon
terkenal Waheeda yang pernah popular dengan lagu wassini dan berlakon dalam
filem anak mami dan jutawan fakir antara selebriti yang lama menghilang.
Selepas
berkahwin, Waheeda yang juga merupakan isteri kepada pendakwah selebriti
terkenal Ustaz Akhil Hayy, menumpukan sepenuh masa bersama keluarga.
4. JULIANA BANOS
Juliana Banos merupakan
seorang penyanyi dan pelakon di bawah label KRU pada suatu ketika dahulu.
Dahulu lagu yang dinyanyikan oleh beliau mendapat tempat di hati peminat dan
menjadi siulan remaja ketika itu.
Walaubagaimanapun,
bintang yang tengah bersinar menjadi suram selepas dia berhenti menyanyi
setelah berkahwin dengan suaminya Mokhtar Ahmad 12 tahun yang lalu. Bapa
Mokhtar Ahmad, Datuk Ahmad Kemin merupakan pengasas Mutiara Motors. Kini suami
Juliana merupakan pengarah urusannya.
5. NASHA AZIZ
Suatu ketika dahulu,
nama Nasha Aziz, cukup menjadi perhatian ramai. Apatah lagi bekas model tinggi
lampai ini mempunyai raut wajah yang cukup cantik.
Justeru tidak
hairanlah apabila Nasha berdiri sama tinggi dengan beberapa selebriti cantik
lain seperti Erra Fazira, Umie Aida dan ramai lagi ketika zaman
kegemilangannya. Namun kini, Nasha seolah-olah tidak begitu aktif dengan dunia
glamour dan mengambil langkah menjauhkan diri dari media tempatan dan
peminatnya.
0 comments:
Post a Comment