Terasa sedih dan
terkilan dengan apa yang menimpa gadis ini. Perginya seorang kawan yang
dikenali selama 15 tahun tanpa sempat membantunya untuk berubah dikala dia
memerlukan sokongan dari sahabat baiknya.
Pastinya tiada
kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan yang dilalui oleh Fatin pada masa
ini. Semoga menjad pengajaran kepada yang lain agar jangan pernah mengabaikan
kawan yang bermasalah. Sesungguhnya, mereka perlukan bantuan dan sokongan
daripada kita.
Salam semua, aku
tak ada nak confess apa-apa pun. Sekadar nak bercerita tentang arwah kawan
aku.
Nama dia Amirah.
Aku dengan dia memang jauh beza lifestyle, langit dengan bumi. Dadah, rokok,
clubbing, pukul orang, ugut orang, kau bagilah pada Amirah. Aku pula dibesarkan
dalam keluarga yang kuat agama.
Kami kenal semenjak
darjah lima. Sampai tingkatan tiga, kami satu sekolah. Memang dialah BFF aku
walaupun berlainan gila. Tak tahulah kenapa tetapi aku rasa dia jujur, tak
cakap kasar dan biasa sahaja. Dia tak pernah berlagak kuat walaupun aku pernah
tengok sendiri dia pukul budak lelaki sampai lembik.
Masa aku berumur 21
tahun, aku dapat tawaran kerja yang best dan aku tinggal menyewa dengan Amirah.
Setiap hari Amirah minum arak, merokok. Bukan Pall Mall kotak biru, dia smoke
betul punya Surya Aceh itu, perokok tegar. Solat tak pernah, setiap malam saja
dia mula bersiap nak pergi clubbing. Aku mula rasa tak best, mungkin sebab dulu
aku budak lagi jadi tak rasa nak menegur. Bila dah dewasa, tetapi dia tetap
sama seperti itu membuatkan aku rasa sedih gila.
Agak lama aku jadi
housemate Amirah, sampai aku berumur 25 tahun.
Beberapa bulan
sebelum Amirah meninggal, dia ada cakap dengan aku.
Wei, jangan jadi
macam aku. Kau, sembahyang jangan tinggal. Dadah, arak, rokok semua ini haram.
Kau jangan tayang aurat. Kau jangan buat semua ini.
Sambil dia
menasihatkan aku, tangan dia sedang mengulung wang kertas RM1 untuk sedut
serbuk melalui hidung.
Masa itu, pertama
kali air mata aku mengalir tak berhenti untuk Amirah. Aku tak tersedu-sedu
tetapi air mata tak berhenti. Aku tahu Amirah dah high and fly entah jadi
unicorn ke apa. Masa itu aku pegang tangan dia.
Sudahlah, kau kerja
hebat, educated. kau jangan buat dah benda ini. Tolong stop semua ini once and
for all.
Mendengar kata-kata
aku itu, Amirah hanya tersengih dan memegang pipi aku.
4 tahun dah kita
duduk serumah, 15 tahun dah kita kenal. Kenapa baru sekarang tegur? Kau nak
masuk syurga seorang ye? Hahahaha!
Selepas itu dia
tidur, lama. Keesokkan harinya Amirah tak pergi kerja dan aku tengok dia masih
tidur di meja dapur.
Sepanjang aku kerja
hari itu, aku betul-betul rasa tak tenang dan serabut sangat. Rasa hati ini
seperti dikoyak-koyak. Aku terkesan dengan apa yang Amirah cakap. Benar, sudah
lama aku berkawan dengan dia tetapi aku tak pernah tegur pun kesilapan dia. Aku
tak pernah ajak dia solat, tak pernah halang dia ambil high heels di rak kasut
untuk pergi clubbing. Aku terapkan sikap jangan campur hal orang dan tanpa aku
sedar yang sebenarnya aku dah menjadi seorang kawan yang teruk. Aku nak masuk
syurga seorang.
Balik itu, Amirah
tengah makan mee maggi. Dia nampak bersih dari hari-hari biasa. Dia sanggul
rambut, pakai t-shirt besar dan sweatpants tak seperti kebiasaannya memakai
boxer, singlet dan rambut serabai. Dia ajak aku makan, dia benar-benar berlagak
seperti biasa dan tiada pun bangkitkan hal semalam. Masa itu aku nekad, dia nak
kata aku ustazah pun katalah. Janji aku nak dia stop semua yang dulu sebab aku
sayangkan dia.
Aku ajak dia solat,
dah tentulah dia gelak saja. Aku sorok lighter, dia gelak dan pergi cucuh rokok
guna api dapur gas. Aku sengaja buka channel 'Tanyalah Ustaz' kuat-kuat dan dia
tersengih masuk bilik dan pasang lagu Cradle of Filth dia. Aku tak berputus
asa, aku buat setiap hari.
Tiga hari sebelum
Amirah meninggal, dia jenguk kepala di bilik semasa aku sedang main Sudoku. Dia
ajak mandi pool di bawah, aku tolak sebab dah mandi.
Jom solat!
Aku buat-buat biasa
dan jawab aku dah Isyak. Dia ajak juga solatlah apa-apa pun.
Boleh, jom tidur
dulu. Nanti aku kejut, kita tahajjud.
Dia setuju dan
malam itu kami benar-benar tahajjud. Bilik asing tetapi pintu terbuka. Bilik
aku bertentangan pintu dengan Amirah sebab dia kata depan Allah dia nak
seorang-seorang tetapi dia tak tahu solat. Jadi, dia ikut saja apa yang aku
buat dari sebelah. Sujud akhir, lama dia sujud. Aku tak tahan mata mengantuk,
aku tidur dulu sebab aku dah tunggu dekat sejam, dia tak angkat-angkat
kepala.
Esok, bila aku
bangun, Amirah dah keluar. Pelik juga sebab hari Ahad, takkan dia kerja? Aku
keluar nak buang sampah dan terjumpa Amirah keluar dari lif bawa sarapan pagi.
Selepas itu kami makan. Amirah tanya aku, dia baik tak? Aku cakap bolehlah
daripada tak ada.
Segalanya kelihatan
normal, kami bersembang seperti biasa. Amirah tak solat dan masih merokok dan
minum beer petang itu. Aku tak tahu kenapa aku tahan lagi bila dia tak
sembahyang, merokok segalanya. Maksud aku, aku tahan untuk tidak marah. Tetapi
selepas dia ambil beer, aku rasa menggelegak hati. Aku ambil beer dan baling ke
peti ais. Suara aku memang tinggi, aku sakit hati sangat dan ya aku mengamuk
petang itu. Aku jerkah Amirah puas-puas. Tetapi satu ayat dia yang membuatkan
aku berhenti dan masuk bilik.
Lambat sangat kalau
kau nak concern macam ini, babe. Aku tak kuat seorang-seorang.
Esoknya Amirah tak
keluar bilik. Aku pergi kerja seperti biasa. Tepat jam 7 petang aku sampai
rumah. Amirah atas sofa dengan muka yang sangat pucat dan mulut berbuih. Atas
meja penuh dengan 'barang masak' dia. Lutut aku lembik, air mata aku tak keluar
tetapi hati aku rasa nak pecah. Makan masa untuk aku nak sedarkan Amirah yang
betul-betul dah tak ada.
Aku menjerit,
menangis, perasaan bercampur baur, marah, tak percaya, sakit hati dan
kehilangan.
Aku call ambulans
dan selepas selesai semua prosedur (skip cerita proses hospital, polis dan
kebumi arwah), aku duduk tepi bilik Amirah dengan jiwa yang kosong.
Hari ini, hari
terakhir aku di rumah ini. Aku dah berhenti kerja. Aku nak balik duduk dengan
keluarga aku. Aku perlukan masa untuk menghadam apa yang terjadi. Memandangkan
saving aku banyak, aku buat keputusan untuk tinggalkan semuanya di sini.
Sepanjang
perjalanan aku balik ke kampung, aku berulang-ulang kali flashback ayat
Amirah.
Lambat sangat kalau
kau nak concern macam ini, babe. Aku tak kuat seorang-seorang.
Kalau sayang kawan,
jangan jadi seperti aku dan jangan perkecilkan masalah kawan. Juga jangan lari
dari kawan yang nampak teruk. Mereka perlukan kita, mereka benar-benar mahu kita
ada.
0 comments:
Post a Comment