ALOR SETAR - Setelah hampir dua bulan
berehat akibat kecederaan pinggulnya sebelum ini, pemain pertahanan import
Kedah, Zachary Anderson bakal temui peminat bola sepak Kedah semula pada Julai
ini.
Pemain berusia 26 tahun itu terpaksa
diketepikan sebelum ini dan tidak tersenarai ketika perlawanan penting ketika
Kedah menjuarai Piala FA bulan lalu kerana kecederaan tersebut.
Tempoh rehat Zachary bakal berakhir
tidak lama lagi kerana tempoh rehat saingan Liga Malaysia berakhir bakal
berakhir.
Menurutnya, dia telah menggunakan
tempoh rehat tersebut dengan sebaik mungkin demi menyembuhkan kecederaan yang
dialami supaya dia dapat beraksi semula pada Julai ini.
"Selepas berakhir perlawanan Piala
FA saya ambil keputusan untuk pulang ke Australia bagi mendapatkan
rawatan pakar di Melbourne.
"Sepanjang tempoh berkenaan, saya
telah mendapat rawatan sebaiknya sehingga tidak lagi berasa sakit pada tulang
pinggul.
"Saya juga bersyukur kerana dapat
kembali dan menjalani latihan bersama rakan-rakan untuk persediaan menghadapi
Liga Super dan Piala Malaysia pada Julai ini," katanya
Jelasnya lagi, dia kini perlu
mengembalikan stamina dan kembali cergas bagi membolehkannya tersenarai dalam
kesebelasan utama oleh Ketua Jurulatih, Mohd Nidzam Adzha Yusoff.
Selain itu, kata-kata semangat yang
diberikan oleh penyokong sejati Helang Merah turut membakar semangat dirinya
untuk kembali pulih dan beraksi demi skuad Hijau Kuning tersebut.
"Penyokong memahami dan memberikan
kata-kata semangat kepada saya semasa mengalami kecederaan, mereka mendoakan
supaya saya cepat pulih.
"Sebab itu juga saya rasa perlu
pulih secepat mungkin dan membalas kepercayaan mereka selain barisan kejurulatihan,
pegawai dan rakan-rakan sepasukan," ujarnya. -
0 comments:
Post a Comment