GAMBAR Sultan Kelantan [Sultan Muhammad V] Yang Menarik Qiam Sempena
Ramadhan | Sahur Bersama Rakyat Di atas Tangga Masjid | Sultan
Kelantan memang terkenal dengan kezuhudan dan aku rasa itulah cara beliau
membuang sikap sombong dan takbur sebagai pemimpin, semoga Allah mengurniakan
kesihatan dan keselamatan kepada Tuanku.
Selamba je Tuanku, tanpa bodyguard hanya dikelilingi oleh ahli jemaah
Masjid dan makan menggunakan tangan, sehingga Imam disebelah asyik melihat
kehairanan.
Umar bin Abdul Aziz Pemerintah Yang Amanah
Khalifah Umar bin Abdul Aziz, adalah seorang Khalifah Bani Umaiyah. Pada
suatu malam tatkala baginda sedang tekun bekerja di bilik istananya, tiba-tiba
seorang putranya masuk untuk membincangkan sesuatu hal. Baginda bertanya.
“urusan kerajaankah? Atau urusan keluarga yang hendak kamu bincangkan?” Jawab
anakandanya, “urusan keluarga, ayahanda.”
Tiba-tiba baginda memadamkan lampu yang terletak di mejanya yang
digunakan untuk menerangi bilik kerjanya itu. Putranya merasa hairan melihat
sikap ayahnya itu seraya bertanya: “Kenapa ayah padamkan lampu itu?”
Maka jawab ayahnya: “Benar kata kau wahai anakku, tetapi kau harus ingat
lampu yang sedang ayah gunakan untuk bekerja ini kepunyaan kerajaan. Minyak
yang digunakan itu dibeli dengan menggunakan wang kerajaan, sedang perkara yang
hendak anakanda perbincangkan dengan ayahanda adalah perkara keluarga.” Lantas
baginda meminta pembantunya membawa lampu dari bilik dalam. Kemudian baginda
pun berkata kepada putranya: “Sekarang lampu yang baru kita nyalakan ini adalah
kepunyaan keluarga kita, minyak pun kita beli dengan wang kita sendiri. Sila
kemukakan apa masalah yang anakanda perbincangkan dengan ayahanda.” Demikianlah
besarnya sifat amanah dari seorang pemimpin berkalibar selaku seorang raja yang
berjiwa besar.
0 comments:
Post a Comment