Wednesday, June 21, 2017

Filled Under:

Suspek Perogol 'Bebola Besi' Ditahan Semula

KLANG - Suspek lelaki warga asing yang dikaitkan dengan kes rompak dan rogol kembali ditangkap selepas sehari melarikan diri dalam keadaan berbogel daripada tahanan polis.

Suspek dari Indonesia berusia 27 tahun dan mempunyai tiga biji bola besi (ball bearing) di kemaluannya itu dijadualkan akan didakwa di mahkamah pada Selasa.

Bagaimanapun, dia melarikan diri dari Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara melalui tingkap tandas di Jabatan Siasatan Jenayah kira-kira pukul 3 petang Isnin.

Suspek kemudian membuka baju tahanan lokap yang basah ketika cuba melarikan diri.

"Dia akhirnya melarikan diri dengan bertelanjang  sehingga tiba di kawasan setinggan di Sungai Kapar Indah dan memakai sepasang baju lain.

"Dia juga berjaya memotong salah satu gari di tangannya," kata Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat pada Selasa.

Asisten Komisioner Mohd Yusoff berkata, suspek kemudian berjalan kaki ke ladang kelapa sawit di Kapar sehingga Isnin malam sebelum menahan seorang penunggang motosikal di bandar Kapar dan meminta menghantar ke tempat tinggalnya di Kampung Baru Hicom di Shah Alam.

Mohd Yusoff berkata polis berjaya menemui suspek ketika tiba di Kampung Baru Hicom kira-kira pukul 1 pagi.

Tambah beliau, ketika tempoh pendek melarikan diri itu, suspek sempat  memecah masuk beberapa rumah mencuri wang, dan juga cuba merogol seorang gadis.

Dia kemudian ditangkap pada jam 7 pagi Selasa.

Pada 13 Jun lalu suspek ditahan setelah didakwa merogol seorang wanita berusia 34 tahun selepas merompak di rumah mangsa di Kampung Rantau Panjang.






0 comments:

Post a Comment