Wednesday, June 21, 2017

Filled Under:

Polis Kedah Senarai 54 Kawasan Kerap Kemalangan

ALOR SETAR - Sebanyak 54 hotspot kawasan kerap kemalangan telah disenarai oleh polis Kedah yang 
melibatkan seluruh daerah di negeri Jelapang Padi tersebut.

Kawasan yang tersenarai tersebut akan diberi perhatian yang khusus dalam Ops Selamat sempena Aidilfitri tahun ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff berkata, pihak mereka telah mengenalpasti dua hingga tujuh lokasi kerap kemalangan di setiap daerah, antaranya seperti di daerah Pendang, Kota Setar dan Kuala Muda.

Sementara enam kawasan lain pula melibatkan daerah di Kubang Pasu dan Baling, empat lagi di Padang Terap, Kulim, Bandar Baharu dan Langkawi manakala tiga yang lain di Yan dan dua di Sik.

Kawasan yang berada dalam pemerhatian itu diibaratkan seperti kawasan panas dan berisiko tinggi untuk berlaku kemalangan atas faktor keadaan jalan yang bermasalah. 

"Keadaan jalan berlubang dan permukaan yang tidak rata antara penyumbang kepada kes kemalangan, selain faktor cuaca yang menjadikan keadaan jalan tidak selamat," katanya.

Menurutnya, faktor penggunaan telefon bimbit semasa memandu menjadi penyumbang terbesar kepada kemalangan sementara faktor lain seperti terbabas sendiri, gagal memotong kenderaan lain, tidak cekap memandu, salah buat pertimbangan, memandu melebihi had laju dan sebagainya.

"Faktor menggunakan telefon bimbit ketika memandu juga turut menjadi penyumbang utama penyebab kelalaian ketika memandu dan mengundang kemalangan. 

"Sebanyak 35 kemalangan adalah berpunca daripada penggunaan telefon bimbit dan sikap ini juga menyebabkan aliran trafik menjadi perlahan," katanya lagi






0 comments:

Post a Comment