Aisya Hanani Mohd Hanna yang baru dilahirkan 15
hari lalu meninggal dunia pada jam 6.45 pagi, 11 Jun lalu di Wad 1 Nilam, Unit
Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), lapor Harian Metro.
Menurut ibunya, Dr Shahidatul Adha Mohamad, 32,
berkata, bayinya dimasukkan ke NICU sejak dilahirkan pada 28 Mei lalu selepas
dilahirkan dalam keadaan pramatang dengan berat 880 gram.
Bagaimanapun, ketika berusia 12 hari, Aisya
mengalami gangguan pernafasan (Apnea) secara berulang kali sehingga pihak
hospital memasukkan tiub pernafasan melalui mulut selama tiga hari sebelum
Aisya menghembuskan nafas terakhir tiga hari kemudian.
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un...
"Sejak anak dirawat di HUSM, saya akan datang
melawatnya setiap hari untuk melakukan pelukan "Kangaroo mother care"
sekurang-kurangnya satu jam setiap hari kerana percaya pelukan itu mampu
menstabilkan kadar pernafasan, menguatkan antibodi dan dapat mempercepatkan
pertambahan berat badan. Namun pada 8 Jun lalu, keadaan arwah mula berubah dan
semakin kritikal.
"Setiap kali menatap wajahnya, saya sentiasa
mengharapkan akan berlaku keajaiban, meskipun saya sedia maklum mengenai
keadaannya itu," katanya.
Biarpun doktor sudah memaklumkan bahawa keadaan
bayinya selain melihat sendiri keadaan Aisya, dia tetap memujuk hatinya bahawa
semuanya akan kembali pulih.
"Mereka juga tidak menjanjikan peluang sembuh
untuk bayi saya kerana kalhirannya yang terlalu awal pada 26 minggu kandungan.
Sesungguhnya saya hanya berserah kepada Allah.
"Saya hanya sempat memberi susu perahan selama
tujuh hari kepada Aisya yang diminum menggunakan tiub," katanya.
Kali terakhir Shahidatul melihat anaknya itu pada
jam 3 pagi, 11 Jun lalu selepas tertidur hampir satu jam di bilik menunggu.
Kira-kira jam 4 pagi, dia dikejutkan dengan panggilan telefon yang memaklumkan
anaknya berada dalam keadaan tenat.
Shahidatul berlari ke NICU untuk melihat anak dan
menghubungi suaminya, Dr Hanna Yusof, 33, serta bapa mentua, Mohd Yusof, untuk
segera datang ke hospital.
"Setibanya mereka tidak lama kemudian, bapa
mentua meminta saya menghentikan bantuan mesin pernafasan memandangkan keadaan
Aisya yang saya sendiri tidak sampai hati untuk melihatnya.
"Saya akur dan menarik keluar tiub pernafasan
itu selepas mendapati jantung Aisya terhenti. Allahuakbar.
"Saya redha dengan pemergian Aisya walaupun
hakikatnya masih belum puas membelainya," katanya.
0 comments:
Post a Comment