BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG - Gambar seorang
lelaki dan wanita yang dipercayai suami isteri beragama Islam, makan di sebuah
restoran secara terbuka, viral di media sosial.
Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari semalam di
Restoran The Chicken Rice Shop di Mydin Jalan Baru, Bukit Mertajam, lelaki itu
pada awalnya memesan makanan untuk isterinya makan.
"Mula-mula masa ambil pesanan, lelaki itu
kata, isteri dia yang nak makan. Tapi bila hantar makanan, lelaki itu pula yang
makan.
"Bila krew restoran tegur lelaki itu dengan
elok-elok bahawa orang Islam jangan makan di sini kalau nak makan, tunggulah
waktu berbuka puasa tidak lama lagi.
"Lelaki itu menengking krew kami, 'Lantaklah
nak makan mana. Kami bayar duit, kubur masing-masing," katanya.
Menurut pengadu, pasangan itu langsung tidak
menghormati bulan puasa. Biarpun ramai yang melihat mereka makan, namun
pasangna itu langsung tidak malu.
"Kalau Jabatan Agama Islam datang, pihak
restoran yang akan disaman, RM5,000 seorang kerana membenarkan orang Islam
makan dalam premis secara terbuka," katanya lagi.
Sementara itu, kakitangan Mydin, Nur Aleeya,
mengesahkan kejadian itu memang berlaku di premis berkenaan.
"Saya kerja di Mydin. Gambar ini sah berlaku
tengah hari tadi sebab saya perasan juga pasangan ini duduk di restoran itu
dengan selambanya makan," katanya.
Bagi Jaraful Warner pula, pihak restoran sepatutnya
lebih bijak menangani isu ini.
"Jika pesanan yang dibuat untuk wanita itu
sekalipun, sepatutnya pihak restoran bungkuskan saja makanan itu untuk mereka,
bukannya membenarkan mereka makan dalam restoran.
"Jadi tak perlu pening dengan isu ini kerana
pihak restoran yang memberikan perkhidmatan," katanya.
0 comments:
Post a Comment