SIAPA dapat menyangkal kehebatan
drama bersiri Mak Cun dengan barisan pelakon yang keletah bertutur loghat Kedah
hingga ia menjadi fenomena sejak ia mula ditayangkan bermula 2015.
Tapi nak dijadikan cerita, nampaknya ada yang mula kurang senang dengan
Mak Cun kerana menganggap cara percakapan barisan pelakonnya agak
berlebih-lebihan, selain dilihat terlalu mencuba sehingga kelihatan 'over'.
Seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama Fatenism meluahkan rasa
tidak puas hati terhadap loghat Kedah yang digunakan menerusi program bual
bicara Raya Sakan Mak Cun yang ditayangkan secara langsung pada 24 Jun lalu di
TV3 bersempena Aidilfitri.
"Kalau nak belajar cakap Kedah tengok TV3, dengar Farid Kamil
cakap, bukan tengok Raya Sakan Mak Cun.
"Orang Kedah semua rasa nak tampaq (tampar) dia," tulisnya.
Amboi Fatenism, garangnya!
Status yang dimuat naik pada Selasa lalu sehingga kini sudah pun
mendapat hampir 16,000 ulang Tweet daripada pengikutnya yang rata-rata
bersetuju dengan kenyataan yang dibuat Fatenism.
Ramai daripada komen balas yang diberikan menganggap cara percakapan
dalam loghat tersebut 'over' dan terlalu mencuba sehingga merosakkan keindahan
gaya pertuturan orang di negeri utara tanahair itu.
Ada pula menganggap watak-watak dalam rancangan itu seolah-olah
memperleceh dan menghina loghat Kedah, hingga ia menyinggung anak jati negeri
itu ketika siaran langsung program itu.
"Kita ni tahan ja depa cakap lagu tu. Seolah-olah
memperkotak-katikkan loghat kita. Berani depa pelechey (memperlekeh) loghat
kita noo.
"Hat tu over lebih. Kami yang belah utara ni pun menyampah tengok
depa semua tu," tulis beberapa pengikut yang tidak berpuas hati.
Perdebatan mengenai perkara itu tambah menarik apabila ada beberapa
pengikut yang mendakwa berasal dari Pulau Pinang turut berasa terkesan dengan
penggunaan loghat dalam Mak Cun.
Menganggap orang 'luar' bercakap utara sebagai pelik, pengikut yang
menggunakan nama @Nur_Muhammad58 itu memberitahu mahu memboikot program itu.
"Kami wakil dari Pulau Pinang pun agak tertekan dengan hal
sebegini. Orang luar cakap utara pelik kot.
"Jadi kami ambil keputusan untuk tampar berjemaah," tulisnya.
Program bual bicara itu menampilkan Mak Cun (Eirma Fatima) dengan
gandingan pelakon lain seperti Atul (Balkisy Samundur Khan), Manisah (Datin
Umie Aida), Pak Akob (Datuk Rahim Razali), dan Kumin (Adik Haidar).
0 comments:
Post a Comment