Shahbari Din, 66, dari pekan Pulai kagum melihat mayang buah kurma berbuah lebat dan hampir masak di sekitar Jabatan Parit dan Saliran (JPS) di tepi sungai Baling. — Foto Bernama
BALING, 12 Jun — Sebatang pokok kurma daripada 40 pokok yang
ditanam di kawasan tebing Sungai Baling dalam kawasan milik Jabatan Pengairan
dan Saliran (JPS) sejak tujuh tahun lepas kini berbuah lebat dan sudah berwarna
kekuningan yang hampir masak.
Ini adalah kali kedua pokok kurma yang ditanam di sini
mengeluarkan buah selepas kali pertama sebatang pokok yang terletak berdekatan
Masjid Ridzuaniah di sini berbuah pada 1984.
Ketika itu, jawatankuasa masjid berkenaan telah menghadiahkan
semayang buah berkenaan yang masak kepada bekas perdana menteri pertama,
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Bagaimanapun, pokok kurma itu dilaporkan tumbang selepas
mengeluarkan buah beberapa kali.
Kini, pokok kurma yang mengeluarkan buah kali ini turut mendapat
perhatian masyarakat di sini termasuk masyarakat Cina yang mana pokok kurma ini
ditanam sebaris di hadapan bangunan perniagaan mereka.
Seorang peniaga kedai memperbaiki basikal yang dikenali sebagi
Pin Tau, 61, berkata sebelum ini beberapa batang pokok itu yang terletak di
hadapan kedainya mengeluarkan mayang yang banyak, namun tidak berbuah dan
kering begitu saja.
“Ini saya kira ajaiblah bila pokok ini sudah berbuah dan hampir
masak,” katanya.
Bagi Shah Bari Din, 66, pula turut merasa hairan apabila melihat
pokok tersebut mula mengeluarkan buah yang lebat terutama di bulan Ramadan ini.
“Sebelum ini saya hanya melihat buah kurma ini ketika di Makkah
saja dan tak sangka di Baling pun boleh berbuah lebat,” katanya. — Bernama
0 comments:
Post a Comment