KUALA LUMPUR 4 Julai
- Warga kota sejak hujung minggu lalu dilihat beransur-ansur meninggalkan
bandar raya bagi menyambut ketibaan 1 Syawal di kampung halaman masing-masing.
Namun, disebalik
keghairahan pulang beraya di desa, masih ada di antara pencinta kucing yang
tidak mahu ketinggalan membawa haiwan peliharaan mereka bersama untuk turut
serta menyambut lebaran.
Ini terjadi kepada
Rosnani Sulaiman yang kini kisahnya menjadi viral di media sosial selepas
wanita tersebut dilaporkan membawa 50 ekor kucing peliharaan bersama pulang ke
kampung halamannya yang terletak di Kelantan.
Kenderaan Rosnani
dikhabarkan penuh dengan kucing-kucing berkenaan yang mana perjalanan beliau
pulang ke kampung dari Semenyih, Selangor dilaporkan mengambil masa
sekitar lapan jam.
0 comments:
Post a Comment