Berdosakah saya buang kucing di pasar
ikan? Kucing itu datang ke rumah saya dan disebabkan saya sering beri kucing
itu makan, jiran beranggapan ia kepunyaan saya.
Oleh sebab kucing itu membuang najis
di luar kawasan rumah saya dan jiran, mereka merungut mengatakan kucing saya
mengotorkan kawasan rumahnya.
* Pencinta haiwan, Kuala Lumpur.
UKE: Perbuatan anda
memberi makan kepada kucing adalah berpahala. Bagus kerana bukan semua orang
boleh buat macam itu. Tetapi jika membela kucing itu boleh menimbulkan masalah
kepada jiran sehingga mencetuskan perkara yang tidak elok, jadi hukum lain
pula.
Anda boleh bela tapi pastikan
kucing itu dibela dengan cara yang tidak menyeksanya dan tidak juga
mendatangkan masalah kepada jiran. Anda juga boleh serahkan kepada pihak
tertentu yang membuat perkhidmatan menjaga kucing terbiar. Anda boleh hantar ke
pasar yang anda yakin bahawa di pasar itu banyak makanan untuk si kucing itu.
Saya pernah melihat seorang
lelaki yang memberi makanan kepada kucing di pasar dan dia juga memberi makanan
berupa ikan kepada kucing-kucing di sepanjang jalan ke rumahnya tanpa membela
kucing di rumahnya. Dan yang sangat menakjubkan kucing-kucing itu seolah-olah
mengetahui pukul berapa dia akan mengagihkan ikan-ikan dengan menunggu di
sepanjang jalan dan di pasar. Dan dia tidak bela pun walau seekor kucing di
rumahnya.
0 comments:
Post a Comment