ALOR SETAR - Tidak ada yang lebih
menggembirakan bagi kanak-kanak apabila dibelikan pakaian baharu yang cantik
selain menerima duit raya bagi menyambut hari lebaran yang bakal tiba tidak
lama lagi.
Perasaan gembira itu tentunya lebih
dirasai oleh anak-anak daripada keluarga yang tidak berkemampuan termasuk
anak-anak yatim yang kematian ibu dan bapa atau mereka tiada lagi tempat untuk
bergantung kasih.
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor
Setar yang diketuai oleh Datuk Syed Abdul Hafiz Syed Mustapa baru - baru
ini turut menyantuni seramai 100 orang anak-anak dari keluarga yang kurang
berkemampuan di sekitar bandar ini.
Kanak-kanak itu dibawa ke Jakel untuk
memilih pakaian raya dan ternyata mereka cukup ceria dengan layanan daripada
Ahli Jawatankuasa Pemuda yang membantu mereka menyesuaikan pakaian baharu
itu.
Menurut Syed Hafiz, kegembiraan
anak-anak itu turut menyentuh perasaannya kerana ada di antara penerima bantuan
zakat dan sumbangan pakaian raya itu merupakan anak rakan-rakannya yang telah
pergi dahulu.
Selain UMNO bahagian Alor Setar,
bahagian-bahagian lain serta Ahli Dewan Undangan (ADUN ) juga tidak
ketinggalan membuat amal jariah pada bulan Ramadan dan menjelang
Aidilfitri dengan menyumbangkan pakaian-pakaian, kuih muih serta duit raya
kepada mereka yang tidak berkemampuan.
0 comments:
Post a Comment