Baru-baru ini terdapat seorang lelaki yang dikenali sebagai
Izwan Ahmad yang telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun Facebook
miliknya, 2 ekor anjing yang yang telah dicampak dari tingkat 3 Pangsapuri
Meranti, Taman Cheras Hartamas.
Menurut Izwan, kejadian itu berlaku pada 25 Disember 2017, lebih
kurang pada jam 10 malam. Semua penduduk disitu terdengar bunyi salakkan anjing
sebelum semuanya keluar untuk melihat apa yang berlaku
“Malang sungguh nasib anak anjing ini, seekor cedera dan seekor
lagi mati,” tulisnya.
Ada beberapa jiran yang mendakwa ternampak seorang penduduk
berbangsa India yang tinggal di C-3-22 melakukan perbuatan terkutuk tersebut.
Tambah izwan lagi, anjing yang hidup, mengalami patah kaki dan
kini masih lagi sakit sehingga keluar najis akibat daripa kesan jatuhan
tersebut.
Izwan tidak tahu kepada siapa dia maju adukan perkara ini dan
memohon agar netizen dapat tularkan perkara ini sehingga si pelaku dikenakan
tindakan yang sewajarnya atas penganiyaan terhadap binatang.
0 comments:
Post a Comment