Terbukti merendamkan kaki dalam air panas dicampurkan dengan
sedikit garam selain dapat membuat kita menjadi lebih tenang dan ianya juga
boleh membersihkan kuman yang bersarang di telapak kaki. Merendam kaki juga
dapat membuat kaki kita menjadi lebih ringan.
Ianya juga sememangnya dipercayai dapat menghilangkan
lenguh-lenguh dan kebas. Disebabkan oleh campuran garam dan air panas tersebut,
ternyata ianya akan memberikan efek yang berbeza kerana khasiat daripada garam
tersebut. Garam bukit memang sesuai digunakan untuk perubatan dan kesihatan.
Kalau ada yang berminat nak jadikan aktiviti ini rutin mingguan boleh baca
kebaikannya bukan setakat untuk kaki sahaja:
1.Untuk Menghilangkan Bau Pada Kaki
Selepas kita membuka kasut, kadangkala ada bau yang tidak sedap
bebas ke udara. Ternyata bau tersebut adalah daripada kaki kita. Keadaan ini
sangat mengganggu kehidupan kita, apatah lagi ketika berada di tempat-tempat
awam. Orang yang berdekatan dengan kita boleh terganggu dengan bau tersebut.
Jika mengalami masalah ini, cubalah untuk merendam kaki denagan air panas dan
garam. Ini kerana air garam boleh menghilangkan bakteria yang ada pada kaki.
2. Dapat Mengatasi Masalah Kulit Kaki Pecah-Pecah dan Kasar
Merendam kaki di dalam air panas dicampurkan dengan garam dapat
menanggalkan kulit mati dan dapat merawatnya. Untuk kaki pecah-pecah dan kasar,
atasilah maslah untuk dengan rendama kaki ini.
3. Dapat Mengatasi Selsema, Demam, dan Batuk
Tiga penyakit tersebut dapat diatasi dengan cara merendamkan
kaki di dalam air panas bercampur garam. ini kerana proses rendaman kaki
tersebut membuat tubuh kita menjadilebih segar dan sakit akan berkurangan.
4. Melegakan sakit Kepala
Selain selsema, rendaman kaki dengan air panas dan garam juga
bermanfaat untuk rawatan sakit kepala. Sakit kepala yang kadang kala berlaku
kerana perubahan cuaca secara mendadak memang menyekat aktiviti seharian anda,
jadi boleh cuba aktiviti ini untuk mengurangkan tekanan pada pembuluh darah
disebabkan perubahan cuaca.
5. Untuk Menenangkan Jiwa
Proses rendaman air panas dan garam juga dapat menenangkan jiwa
dan memberikan kesegaran pada tubuh kita. Apabila pengaliran darah di kaki
menjadi lebih baik, ianya mengurangkan stress pada badan dan minda kita.
6. Perjalanan Darah Menjadi Lancar
Air Panas yang telah dicampurkan dengan garam juga amat
bermanfaat untuk memperlancarkan perjalanan darah. Tidak hanya air panas
bergaram, tetapi juga air panas biasa.
7. Dapat Menghilangkan Kuman dan Bakteria yang Bersarang di Kaki
Segala kuman dan bakteria penyebab kaki berbau, kaki menjadi
kasar akan dapat diatasi dengan cara merendamkan kaki menggunakan air panas
yang dicampurkan dengan garam.
Haa itulah antara 7 kebaikan merendam kaki di dalam air panas
dan garam, tetapi haruslah diingat ianya juga bergantung kepda kesesuaian diri
kita juga, jika mengalami masalah alahan terhadap air rendaman, silalah
hentikannya dengan segera dan dapatkan nasihat dari doktor.
Akumulasi racun bertahun-tahun akan menghambat kelancaran
peredaran darah dan memacu semua organ tubuh bekerja lebih keras hingga terjadi
ketidakseimbangan tubuh sehingga muncul penyakit serius seperti: diabetes,
darah tinggi, kanker, gangguan hati, stroke dan lainnya.
Detoksifikasi
Detoks adalah proses mengeluarkan racun dari dalam tubuh. Pada
dasarnya di dalam tubuh kita, terdapat aliran energi (chi) mengalir melalui 12
jalur meridian, 6 diantaranya mengalir melalui organ utama di dalam tubuh dan 6
lainnya di kedua lengan.
Yang menarik yaitu keenam meridian yang melalui organ-organ
utama tubuh juga mengalir melalui kaki. Ada 360 syaraf, dimana 60-nya terletak
di telapak kaki dan melalui telapak kaki aliran meridian ini menuju ke seluruh
tubuh.
Saat organ tubuh mulai tidak berfungsi dengan baik maka pada
saat itu kita perlu bantuan dari luar. Salah satunya adalah melakukan
detoksifikasi menggunakan air asin (garam).
Mengeluarkan Racun dengan Air Asin
Salah satu cara paling aman dan sederhana mengeluarkan racun
dari dalam tubuh adalah detoks dengan air garam. Air asin diketahui memiliki
sifat mampu menetralkan energi negatif termasuk racun-racun.
Cara ini bisa anda lakukan sendiri di rumah dan merupakan salah
satu metode pengobatan cina kuno yang masih dipraktekkan sampai sekarang.
Air garam bersifat ionik dan akan mengeluarkan racun dengan cara
memaksa racun keluar melalui kaki. Air garam hangat akan menghasilkan ion
positif dan negatif di dalam air. Ion detoks adalah pengion air asin hangat
dengan bolak polaritas.
Berikut ini langkah detoks menggunakan air garam:
Sediakan air panas secukupnya untuk merendam telapak hingga mata
kaki.
Larutkan garam murni hingga cukup terasa asin.
Rendam kaki ketika air mulai hangat, biarkan selama lebih kurang
30 menit hingga air berangsur dingin dan lihat perubahan warna air.
Pada tubuh yang memiliki kandungan toxin tinggi, warna air akan
terlihat jelas mengalami perubahan warna menjadi keruh kecoklatan.
Sebaiknya perendaman kaki dilakukan pada keadaan rilex atau menjelang
tidur malam.
Selamat mencuba. Jika suka dengan artikel ini, jangan lupa like
dan share.
Sumber: sehinggit.blogspot
0 comments:
Post a Comment