Saturday, December 23, 2017

Filled Under:

GAMBAR HARI – HARI TERAKHIR KEHIDUPAN JUBORAJ SINGA AFRIKA ZOO COMILLA


Kalau di hutan dia akan menjadi tonggak bagi singa Afrika, tetapi dia dilihat terbaring sepanjang masa. Dia tidak menjamah banyak makanan beberapa hari ini.
Kini, Juboraj hampir mati…



Juboraj berjuang dengan komplikasi usia tua selama bertahun-tahun, menurut pegawai zoo. Sanjoy Kumar Bhowmic, ketua pegawai eksekutif Majlis Daerah Comilla, berkata Juboraj telah berhenti makan sepenuhnya untuk beberapa hari yang lalu. Apabila ditanya, Arif memberitahu wartawan bahawa jangka hayat purata singa lelaki di alam liar adalah sekitar 14 tahun


Dia akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya pada 12 Dis, 2017.
Pasukan perubatan terdiri daripada empat ahli telah ditubuhkan untuk menjalankan bedah siasat. Pasukan itu diketuai oleh pakar bedah veterinar Sadar Upazila Arif Hasan, pakar bedah veterinar Jakir Hossain dan Rakibul Hasan. Chondon Kumar Podder, merupakan pegawai veterinar daerah yang hadir semasa bedah siasat. Arif Hasan berkata beliau mendapati semua organ si mati cukup normal. “Saya hanya boleh mengatakan ‘kematian akibat kesan – kesan penuaan’,” katanya.


Menurut kontraktor zoo, Masudur Rahman, dia membawa Juboraj ke Comilla dari Chittagong pada tahun 2004, ketika singa berusia empat tahun. Juboraj hidup bersendirian selama tiga belas tahun. Bayangkan kesunyian yang dihadapinya.

Pada 31 Oktober, Dhaka Tribune (Akhbar Bangladesh) menerbitkan cerita mengenai situasi singa yang uzur di Zoo Comilla dan diikuti bantahan dari netizen di media sosial. Pihak berkuasa zoo kemudian memutuskan mengeluarkan Juboraj dari paparan awam pada hari berikutnya.


Juboraj, singa yang berusia 19 tahun itu akhirnya mati dalam sangkar di Zoo Comilla. Badannya kurus kering tinggal rangka dan luka yang membusuk di punggungnya adalah tanda-tanda kelalaian yang melampau yang membuatnya berada dalam keadaan tersiksa dihari – hari terakhirnya.
Kredit: TheDailyStar





0 comments:

Post a Comment