Bawang putih merupakan salah satu makanan sihat yang perlu
anda amalkan sebagai rutin harian. Bawang putih kaya dengan vitamin, mineral,
enzim yang diperlukan oleh tubuh badan serta mempunyai banyak manfaat dari
sudut kesihatan.
Antara manfaat bawang putih adalah menewaskan setiap jenis
jangkitan kerana bawang putih mempunyai kandungan anti bakteria yang kuat,
melawan dan mencegah pelbagai jenis kanser, mengubati masalah pencernaan,
menurunkan kadar kolestrol, dan meredakan selsema.
Bawang putih juga dapat membersihkan tubuh badan anda dari racun
dan membantu anda menyelesaikan segala jenis penyakit yang anda hidapi. Berikut
adalah cara-cara mengolah bawang putih untuk mengeluarkan racun dalam tubuh.
Potong beberapa hirisan bawang putih, kemudian tambahkan satu
sudu air dan masukkan perahan air lemon dan kemudian anda boleh mula minum.
Ulangi prosedur ini setiap hari dan minum banyak air setiap hari untuk
menyingkirkan toksin-toksin dari tubuh badan serta mengubati pelbagai jenis penyakit.
“Kasihannya bila baby selsema dan batuk. Seksa nak tidur. Apa
petua hilangkan batuk selsema yang berkesan ya?”
Hanya ibu bapa yang akan faham betapa susahnya menguruskan anak
kecil yang mengalami batuk dan selsema. Walaupun ia bukanlah penyakit yang
begitu serius, tapi ramai ibu bapa yang terpaksa berjaga malam dan kehabisan
tenaga dalam proses menanganinya.
Jadi sebagai salah satu ikhtiar, bolehlah cuba petua minyak
bawang yang dikongsikan oleh Puan Hanezfarjaz Zulaiqah ini untuk membantu menyembuhkan
batuk dan selsema anak kecil.
Mari ikuti perkongsian beliau selengkapnya di bawah.
CARA BUAT MINYAK BAWANG PUTIH
UNTUK LEGAKAN BATUK SELSEMA ANAK
Sekadar perkongsian bagi yang belum tahu. Yang dah tahu dan dah
cuba, alhamdullillah… Saya dah gunakan petua minyak bawang bawang putih ini
selama 4 tahun. Sebab anak sulung saya dan nak masuk umur 4 tahun.
Minyak bawang putih ini boleh membantu melegakan selsema dan
batuk pada bayi dari usia sebulan sampailah kanak-kanak 4 tahun. Bagi yang
belum cuba, jom pakat buat di rumah!
1. BUANG KULIT
Pertama sekali, ambil 1-2 ulas bawang putih. Buang kulitnya.
2. BAKAR
Seterusnya, bakar di atas dapur gas sampai agak hitam.
3. ADUNKAN DENGAN MINYAK
Lenyekkan bawang putih yang dah dibakar tadi dan masukkan ke
dalam botol kosong yang bertutup. Tambahkan sedikit minyak.
Boleh pakai minyak masak, minyak zaitun, minyak kelapa, minyak
bijan, atau minyak jenis lain.
4. SIAP UNTUK DISAPUKAN
Kalau anak batuk selsema, sapukan pada batang hidung, dada, dan
lehernya selepas mandi. Kesan untuk meresap ambil masa dalam setengah jam juga.
Ulang lagi sapuan selepas satu jam atau setengah jam. Insha
Allah anak boleh tidur nyenyak. Selsema dan batuk semakin berkurang tanpa
menggunakan ubat.
Nota: Buat yang pertama kali menggunakannya, pastikan cuba dalam
kuantiti sedikit dulu untuk melihat keserasiannya dengan bayi. Kalau nampak
tiada kesan sampingan, barulah teruskan penggunaannya seperti biasa. Sesetengah
bayi mungkin sensitif dan tak tahan.
SEMOGA BERMANFAAT
Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada ramai
ibu-ibu yang mencari ikhtiar buat anak. Ramai yang dah mencubanya dan mengakui
keberkesanannya.
Apapun, jika simptom batuk dan selsema berterusan atau bertambah
teruk, jangan lupa bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut ya.
*Petua minyak bawang putih oleh Puan Hanezfarjaz Zulaiqah ini
pertama kalinya dikongsikan melalui Facebook dan post asal tersebut telah mendapat
hampir 8,000 perkongsian. Ia diterbitkan semula dengan kebenaran beliau.
Minyak bawang putih ini boleh membantu melegakan selsema dan
batuk pada bayi dari usia sebulan sampailah kanak-kanak 4 tahun. Bagi yang
belum cuba, jom pakat buat di rumah!
1. BUANG KULIT
Pertama sekali, ambil 1-2 ulas bawang putih. Buang kulitnya.
2. BAKAR
Seterusnya, bakar di atas dapur gas sampai agak hitam.
3. ADUNKAN DENGAN MINYAK
Lenyekkan bawang putih yang dah dibakar tadi dan masukkan ke
dalam botol kosong yang bertutup. Tambahkan sedikit minyak.
Boleh pakai minyak masak, minyak zaitun, minyak kelapa, minyak
bijan, atau minyak jenis lain.
4. SIAP UNTUK DISAPUKAN
Kalau anak batuk selsema, sapukan pada batang hidung, dada, dan
lehernya selepas mandi. Kesan untuk meresap ambil masa dalam setengah jam juga.
Ulang lagi sapuan selepas satu jam atau setengah jam. Insha
Allah anak boleh tidur nyenyak. Selsema dan batuk semakin berkurang tanpa
menggunakan ubat.
Nota: Buat yang pertama kali menggunakannya, pastikan cuba dalam
kuantiti sedikit dulu untuk melihat keserasiannya dengan bayi. Kalau nampak
tiada kesan sampingan, barulah teruskan penggunaannya seperti biasa. Sesetengah
bayi mungkin sensitif dan tak tahan.
SEMOGA BERMANFAAT
Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada ramai
ibu-ibu yang mencari ikhtiar buat anak. Ramai yang dah mencubanya dan mengakui
keberkesanannya.
Apapun, jika simptom batuk dan selsema berterusan atau bertambah
teruk, jangan lupa bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut ya.
*Petua minyak bawang putih oleh Puan Hanezfarjaz Zulaiqah ini
pertama kalinya dikongsikan melalui Facebook dan post asal tersebut telah
mendapat hampir 8,000 perkongsian. Ia diterbitkan semula dengan kebenaran
beliau.
0 comments:
Post a Comment