ALOR SETAR – Jumlah
mangsa banjir kilat di beberapa tempat di Kedah hingga 8 pagi ini meningkat
kepada 930 orang berbanding 718 malam tadi.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kubang Pasu
Kapten (PA) Kamalruzamal Kasa berkata enam pusat pemindahan (PP) yang
menempatkan 250 keluarga masih dibuka di Kubang Pasu dan Kota Setar.
Di mukim Jitra, tiga
pusat telah dibuka di Dewan Kubur Siam yang menempatkan 222 mangsa, Dewan
Tokong Cina (50) dan Dewan Jitra seramai 202 mangsa.
Manakala jumlah mangsa
banjir di PP Kampung Lahar dan Dewan Kampung Bata di Malau kekal, iaitu
masing-masing 130 dan 278 mangsa.
Sementara itu, satu pusat pemindahan baharu telah dibuka di Kota Setar pada 10 malam tadi di Surau Assyakirin, Kepala Batas yang menempatkan 48 mangsa daripada 13 keluarga. – Bernama
Sementara itu, satu pusat pemindahan baharu telah dibuka di Kota Setar pada 10 malam tadi di Surau Assyakirin, Kepala Batas yang menempatkan 48 mangsa daripada 13 keluarga. – Bernama
0 comments:
Post a Comment