Saturday, November 4, 2017

Filled Under:

''Mana Kau Nak, Pulanglah'', Rayuan Pilu Seorang Ayah





Kehilangan seorang penuntut Kolej Komuniti Kulim mencetuskan kebimbangan keluarganya kerana sudah hampir sebulan tiada khabar berita mengenainya.

Pada 5 Oktober lalu, Siti Nor Fatihah Hussin, 19, dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Terap, Kulim, Kedah.

Menurut bapanya, Hussin Kamarauddin, 46, anaknya itu keluar dari rumah pada hari berkenaan untuk menghadiri latihan praktikal di restoren di Kulim Hi-Tech, ketika ditemui di kampungnya di Tanah Kebun, Parit Buntar.

"Pada malam 5 Oktober lalu, dia ada menghantar pesanan ringkas memberitahu akan pulang dalam masa terdekat, namun dua hari kemudian dia masih tidak pulang ke rumah, justeru kami membuat laporan polis mengenai kehilangannya.

"Lebih membimbangkan kami apabila telefon bimbit dan akaun Facebook miliknya juga tidak lagi aktif membuatkan kami bimbang keselamatannya,"
 katanya lagi.

Tambahnya lagi, pada hari kejadian anaknya itu keluar dari rumah dengan menunggang motosikal jenis SYM Bonus berwarna biru dengan nobor pendaftaran PMN 3789.

Keluarganya sudah puas mencari di merata tempat termasuklah tempat latihan praktikal dan kolejnya belajar, namun tidak menemui sebarang jawapan.

Oleh itu, Hussin memohon bantuan orang ramai yang mengetahui atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan anaknya agar dapat melaporkan segera ke mana-mana balai polis atau menghubunginya di talian 013-4764846.

"Kakak, mana kau nak (anak) pulanglah, kami rindu dan sayang kamu," rayunya.

Sumber : 
myMetro




0 comments:

Post a Comment