Setelah selesai segala urusan jenazah
,sebagaimana yang dirancang jenazah wanita itu dibawa ketanah pekuburan sebelum
kekecohan terjadi.Dalam perjalanan hadi adalah jiran simati mengakui ketika
memikul keranda jenazah tersebut mengakui berat keranda itu berlipat kali ganda
dari berat badan simati..
Mula mula kami mengangkat dengan 6 orang dua di depan dua di
tengah dan dua dibelakang,tapi apabila kami cuba mengangkat keranda itu amat
sangat berat, mustahil bagi kami tidak boleh mengangkat satu jenazah
perempuan.Sedangkan kami 6 orang lelaki kemudian di tambah lagi 2 orang lelaki
barulah keranda simati terangkat sampai ke tanah perkuburan.
Setelah jenazah sampai di perkuburan turut berlaku kekecohan
apabila seorang penduduk kampung nyaris tergelincir ke dalam liang lahad
tersebut yang amat licin gara-gara hujan lebat kebelakangan ini.Sepanjang
proses pengebumian, kawasan perkuburan dipenuhi esak tangis keluarga, sanak
saudara dan rakan-rakan si mati.
Si penggali kubur yang berusia 55 tahun sudah melakukan
pekerjaan itu selama 20 tahun dan amat cekap melakukan pekerjaan itu lantaran
ayahnya dulu pun seorang penggali kubur,sebelum ini tidak pernah beliau salah
dalam mengukur panjang dan lebar liang lahat si mati.
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!! kata kata itu terkeluar
dari mulut hampir semua yang hadir dalam pengebumian tersebut setelah satu
kejadian aneh berlaku.
Jenazah si mati yang sudah 3 kali dimasukkan dalam liang lahat tetapi
tidak muat,padahal si penggali kubur sudah melebarkan dua kali dari ukuran
asal.
Setelah gagal beberapa kali dalam hal tersebut seorang ustaz
menyuruh ahli keluarga untuk azan di upacara pengebumian itu.Barulah jenazah
berjaya di masaukkan serta selamat dikebumikan.
Dari kisah diatas, kisah ini benar
berlaku di sebuah kampung di negeri jiran pada tahun 2010..kata dari pada salah
seorang jiran si mati.Arwah adalah wanita yang yang suka mengupat serta
memfitnah tanpa bukti,dan arwah juga tidak pernah menutup auratnya semasa
hidup,dia suka memakai pakaian seksi memaparkan bentuk tubuhnya.
Kami sebagai jiran pernah menegur kelakuannya itu,namun kami di
caci maki serta dilempari dengan kasut kerana dia lebih kaya dari kami.
Tidak usah jaga tepi kain orang,kubur lain-lain, kau urus hal
kau sendiri kata makian yang di ucap si mati dahulu.
Tidaklah heran perkara sebegini berlaku.kami bukan mengaibkan
sesiapa dalam cerita ini.Ini adalah sebuah pengajaran bagi kita memang benar
kita dalam kubur sendirian,tapi siapa yang mandikan kita,siapa yang mengusung
jenazah kita,siapa yang menanam kita,jangan sombong dengan kekayaan.Bukan soal
bagaimana kita hidup di dunia tapi bagai mana cara kita mati.
Semoga Allah melindungi daripada siksaan kubur.Jagalah perbuatan
kita kerana hidup ini sementara,manakala negeri akhirat adalah selamanya. Elak
kan dosa.perbanyakkan amalan agar kita mendapat ganjaran syurga daripada
Allah.Wallhualam.
0 comments:
Post a Comment