KUCHING, SARAWAK -
Alangkah terkejutnya pasangan suami isteri apabila mendapati dua lelaki
menceroboh masuk ke halaman rumahnya di siang hari sebentar tadi.
Dalam kejadian
kira-kira jam 12.14 tengah hari di Taman Sejoli, Nik Nasron terkejut apabila
menyedari kehadiran dua lelaki yang datang menaiki Perodua Myvi berlegar di
halaman depan rumahnya.
Ketika kejadian,
Nik Nasron berada di rumah bersama dengan isteri dan dua orang anaknya.
"Hati-hati.
Kejadian di Taman Sejoli, dua lelaki berada dalam keadaan mencurigakan masuk ke
dalam kawasan rumah kami. Bila ditegur, mereka kata nak mengecat rumah jiran
sebelah. Sedangkan rumah jiran sebelah baru saja habis dicat bulan lepas kalau
tak silap.
"Saya
menghubungi jiran dan memaklumkan kepadanya mengenai dua lelaki terbabit. Namun
jiran menafikan ada menghantar dua lelaki berkenaan untuk mengecat
rumahnya.
"Selepas
memeriksa nombor pendaftaraan kereta Myvi yang dinaiki mereka, rupanya kereta
sewa," katanya selepas memuat naik rakaman video kejadian di
Facebooknya.
Kata Nik lagi, dua
lelaki itu mendakwa datang untuk mengecat rumah jirannya tetapi di tangan
mereka kelihatan memegang playar.
"Patutnya saya
biarkan saja dulu, nak tengok macam mana mereka mengecat menggunakan
playar," selorohnya dalam ruangan komen.
Bagaimanapun, Nik
tidak menolak kemungkinan bahawa dua lelaki berkenaan mahu memecah masuk
rumahnya yang kelihatan seperti tiada penghuni.
Sementara itu,
isterinya, Amalia, memaklumkan dua lelaki terbabit rupa-rupanya adalah suspek
kes pecah rumah dan difahamkan mungkin sudah menyasarkan rumah untuk dipecah
masuk.
"Harap mereka
tak datang lagi. Kami sudah maklumkan kepada pihak polis. Rupa-rupanya dua
lelaki ini suspek pecah rumah orang.
"Jadi, polis nasihatkan untuk lebih berhati-hati kerana dua suspek berkenaan seperti sudah menyasarkan rumah untuk dipecah masuk. Dan ada jenis yang membawa senjata ketika melakukan jenayah.
"Jadi, polis nasihatkan untuk lebih berhati-hati kerana dua suspek berkenaan seperti sudah menyasarkan rumah untuk dipecah masuk. Dan ada jenis yang membawa senjata ketika melakukan jenayah.
"Jadi kepada
penduduk di kawasan Taman Sejoli, berhati-hati," katanya.
Orang ramai
dinasihatkan sentiasa mengunci pintu pagar bagi mengelakkan sebarang kejadian
yang tidak diingini berlaku.
0 comments:
Post a Comment