Dah lama tak nampak pelakon Intan Ladyana di TV kan. Selepas setahun lamanya, wartawan cuba cari dan akhirnya berjaya mendapat jawapannya. Tak sangka rupa2nya selama ni…
PUNCA LAMA MENGHILANG
Pelakon Intan Ladyana tidak menafikan punca dia hilang daripada industri hiburan selama setahun kerana kontroversi putus cinta bersama aktor Kamal Adli.
Pelakon Intan Ladyana tidak menafikan punca dia hilang daripada industri hiburan selama setahun kerana kontroversi putus cinta bersama aktor Kamal Adli.
Intan, 34, berkata,
dia mengambil keputusan mendiamkan diri kerana tidak mahu isu berkenaan menjadi
besar sehingga menyebabkan timbul perbalahan di antara kedua-dua belah pihak.
“Saya akui salah satu sebab saya berehat seketika sebelum ini
kerana perkara itu kerana seboleh-bolehnya saya memang tidak mahu mengulas
apa-apa tentang perkara itu.
“Kalau saya keluarkan kenyataan nanti ia akan menyebabkan ada
susulan lain yang pada akhirnya ia tidak akan berkesudahan.
“Lebih
baik saya berdiam diri sahaja dan ia lenyap dengan sendirinya,” katanya kepada
mStar Online.
TAKDE MASALAH SELEPAS BERPISAH
Mengulas tentang hubungannya dengan Kamal kini, Intan berkata, mereka tidak mempunyai sebarang masalah namun masih belum sempat bertemu sejak berpisah.
Dalam pada itu,
Intan tidak mahu lagi bercakap tentang soal peribadi kepada umum kerana bimbang
kejadian serupa berlaku sehingga menimbulkan rasa malu kepada dirinya.
Jelas Intan, jika dia mempunyai teman lelaki sekali pun dia
tidak akan bercerita mengenainya selagi belum ada apa-apa ikatan sah di antara
mereka.
“Jika tentang perkara lain atau perkembangan karier, saya akan
kongsi tetapi tidak lagi tentang peribadi.
“Status
saya sekarang? Rahsia. Biarlah saya sahaja yang tahu dan tidak perlu
diheboh-hebohkan sama ada saya ada kekasih atau pun tidak,” katanya.
REHAT SANTAI SETAHUN
Bercakap mengenai tempoh hilangnya sebelum ini, Intan berkata, dia banyak menghabiskan masa dengan berehat dan melancong bagi merehatkan minda selepas sibuk bekerja.
Malah kata Intan,
sepanjang tempoh itu juga, dia dapat melakukan rutin yang jarang dilakukan
bersama rakan-rakan dan keluarga.
“Saya terlalu sibuk dengan pelbagai perkara sebelum ini dan
tindakan mengambil rehat panjang itu sebenarnya tepat kerana saya memang
memerlukannya.
“Selain melancong dan melakukan rutin harian yang jarang dapat
saya lakukan, tempoh itu banyak mengajar saya mengenali diri sendiri,”
jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Intan berkata, Ramadan tahun ini dia
kembali merancakkan aktiviti seninya dengan menghadiri jemputan berbuka puasa
bersama anak yatim atau acara hiburan lain.
Bagaimanapun dia masih belum menerima sebarang tawaran lakonan
dan hanya kembali aktif selepas Aidilfitri kelak.
“Bulan
Ramadan ini juga saya ingin ambil kesempatan merebut untuk beribadah dan
menghabiskan masa bersama keluarga dan sesekali menghadiri acara hiburan jika
ada jemputan.
“Insya-Allah selepas hari raya barulah saya akan kembali aktif
berlakon kerana sudah setahun juga tidak berlakon,” ujarnya.
Sumber: Mstar
0 comments:
Post a Comment