Bukan selalu kita dapat saksikan hubungan di antara bekas
isteri dan isteri baru terjalin rapat dan bagi Erra Fazira dan Laudya Cynthia Bella, mereka terlihat
sungguh serasi bersama.
Memetik laporan Kapan Lagi,
Erra dan juga Bella bukan saja sama-sama menghantar anak mereka, Aleesya ke
sekolah malah turut meluangkan masa dengan aktiviti zumba.
Perkara tersebut turut dikongsikan pasangan ini di laman
Instagram masing-masing dan ternyata perkara tersebut membuatkan peminat kagum
selain mendoakan agar hubungan kekeluargaan mereka sentiasa kekal bahagia.
Jika dilihat dari satu sudut, sudah pastinya suami Bella, Engku
Emran dan juga Erra sudah pun melupakan persengketaan masa lalu dan kini
memberikan tumpuan sepenuhnya untuk masa hadapan yang lebih baik lebih-lebih
lagi buat Aleesya yang pastinya memerlukan kasih sayang ibu bapa.
Kami kongsikan beberapa lagi gambar sepanjang Bella dan juga
Erra sama-sama meluangkan masa dengan aktiviti zumba. Untung Aleesya dapat
berkongsi kasih sayang bersama dua orang ibu. (rtky/s)
0 comments:
Post a Comment