Tanpa kita sedar kehidupan
seharian kita yang sibuk menyebabkan kita mengabaikan penjagaan dari segi
pemakanan dan kesihatan kurang dititik beratkan. Kadang-kala mas tidak sihat
pun kita masih bekerja.
Sebenarnya, Allah mencipta kan kita sangat sempurna. Badan kita
sebenarnya akan memberikan signal awal apabila organ-organ utama atau sistem
saraf kita mengalami masalah minor yang memerlukan kita berehat.
Contohnya kebiasaan sebelum kita mengalami sakit kepala yang
teruk, mata kita akan memberikan signal awal seperti pedih mata dan juga lenguh
pada tengkuk dan bahu. Namun, ada yang terus memaksa diri bekerja dan sering
diserang migrain.
Mungkin kita tak sedar atau seakan-akan tidak endah dengan
signal atau petanda yang cuba diberitahu oleh badan kita, khususnya tapak
tangan. Tangan yang berdenyut atau rasa sakit pada bahagian ini mungkin boleh
dikaitkan dengan beberapa jenis penyakit dalam badan.
1 Sindrom Carpal Tunnel.
Sindrom Carpal Tunnel boleh di
diagnos daripada ibu jari, jari tengah dan jari telunjuk. Jenis penyakit saraf
ini terjadi kesan daripada aktiviti berulang-kali yang dilakukan seseorang,
hingga menyebabkan pergelangan tangan membengkak.
2 Keletihan
Mengangkat barang yang berat
menggunakan tangan dalam keadaan yang tidak selesa boleh menyebabkan tekanan
pada saraf yang berada di tapak tangan. Ini menyebabkan denyutan pada tapak
tangan.
3 Masalah Tulang Belakang
Masalah tulang belakang
dikaitkan dengan jari manis dan jari anak. Ini disebabkan oleh tekanan yang
kuat pada saraf yang dihubungkan dengan tulang belakang.
4 Kurang Vitamin.
Apabila badan kekurangan
vitamin, denyutan dapat dirasai pada jari tangan sebelah kiri atau pada jari
kaki sebelah kiri. Ini terjadi apabila badan kekurangan vitamin E, B1, B6 dan
B12.
5 Penyakit Buerger
Penyakit ini sering terjadi
pada perokok tegar. Aliran darah yang mengalir dalam saraf terhalang oleh
nikotin, seterusnya menyebabkan kurangnya mineral dalam badan. Ini menyebabkan
rasa kebas pada kari.
6 Masalah Aliran Darah Dalam Badan.
Jika anda mengalami rasa kebas
pada bahagian kanan tapak tangan, ia mungkin disebabkan tekanan yang dialami
oleh permukaan urat saraf. Sesetengah penyakit kardiovaskular lain juga akan
menyebabkan rasa kebas pada bahagian ini.
7 Diabetes
Salah satu petanda awal
penyakit diabetes ialah rasa denyutan pada beberapa bahagian ditapak tangan
sebelah kiri. Ini terjadi disebabkan kurangnya aliran darah pada beberapa
bahagian badan, menyebabkan kerosakkan pada hujung saraf. Walau apa pun,
segeralah berjumpa dengan pakar dan doktor bagi mendapatkan rawatan segera.
Jika Suka Petua Ini.. Sila Klik Like & Komen “SUKA” Di
Bawah. TQ –
Rencah Rasa
7 Cara Kawal Tekanan Darah
Tinggi TANPA Ubat
Anda mempunyai masalah tekanan darah
tinggi? Berikut merupakan info angka bagi setiapa yang mempunyai tekanan darah
tinggi, yang perlu diketahui oleh setiap orang. Tekanan darah yang tinggi,
sekiranya tidak dirawat, boleh membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit
buah pinggang dan demensia.
Kehidupan kita dipenuhi dengan angka dan nombor. Nombor kad
pengenalan, nombor pin, tarikh lahir, tarikh tutup, masa, nombor telefon (nasib
baiklah ada telefon pintar untuk membantu mengingatnya!). Begitu juga dari segi
kesihatan dan tubuh badan kita, angka-angka seperti berat badan, ketinggian,
tekanan darah, saiz pinggang – memainkan peranan sebagai indikator mengenai
keadaan kesihatan dan kecergasan seseorang.
Berikut merupakan info angka bagi setiapa yang mempunyai tekanan
darah tinggi, yang perlu diketahui oleh setiap orang.
Tekanan Darah
(Hypertension)
Tekanan darah tinggi atau hypertension juga dikenali sebagai
“silent killer” atau pembunuh senyap kerana ia tidak memberikan tanda-tanda
symptom atau amaran seperti sakit gigi ataupun sakit belakang. Sekiranya tidak
dirawat, ia boleh membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah
pinggang dan demensia.
Faktor-faktor yang mempengaruhinya termasuklah faktor seperti
sejarah keluarga, umur, etnik dan gaya hidup seseorang tersebut.
- Tekanan
darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg atau
lebih rendah.
- 140/90 mm Hg digunakan sebagai indikator
untuk tekanan darah tinggi, tidak mengira usia seseorang itu. Angka
pertama adalah tekanan sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan
darah ke seluruh tubuh anda.Angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu
tekanan ketika dalam keadaan rehat.
7 Langkah Kurangkan
Tekanan Darah Tinggi
Masalah tekanan darah
tinggi? Sebagai langkah permulaan untuk menangani kemungkinan anda
mempunyai tekanan darah tinggi, iktuilah tip-tip berikut:
- Kurangkan berat badan. Ambil inisiatif untuk mengurangkan atau mengawal berat badan.
Kurangkan berat 5kg pun sudah memberikan impak yang ketara dan mudahkan
lagi kesan ubat pemberian doktor.
- Bersenamlah dengan kerap. Cuba untuk bersam dalam 30-45
minit pada hari minggu. Paling kurang pun 3-4x seminggu. Pada masa yang
sama ini juga bantu kurangkan berat badan.
- Kurangkan pengambilan garam kepada kurang daripada 2.3g
sehari. Garam umpama pasir yang serap air and tingkatkan tekanan darah.
Kurangkan kicap, telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada makanan
yang sudah dihidang. Ingat: 1 teaspoon sudahpun mengandungi 2.3g!
- Jangan merokok: Kesan nikotin rokok dapat
tingkatan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. Jadi sekiranya
anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi sepanjang
masa.
- Kurangkan Stres. Stres kerja, duit, kesesakan
jalan dan macam-macam lagi tingkatkan tekanan darah buat sementara waktu.
Kalau anda mempunyai kronik stres, sudah tentu ia memudaratkan kesihatan
anda dan boleh akibat serangan jantung, strok dan macam-macam lagi.
Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dari stres yang berpanjangan.
- Amalkan diet yang lebih baik. Sudah tentu diet seharian
amatlah penting untuk mengawal dan kurangkan tekanan darah. Berikut adalah
beberapa tip yang anda boleh amalkan:
- Ketahuilah
keperluan kalori seharian anda. Ini boleh mengawal jumlah makanan dan
pasa masa yang masa bantu anda kawal atau kurangkan berat badan.
- Makan
5-7 hidangan sehari tapi dalam sukatan yang kecil.
- Lebihkan
serat (fiber) seperi grains, nasi perang, buah-buahan dan sayur-sayuran
segar.
- Kawal
kolesterol. Biasanya masalah tekanan darah tinggi, berat badan dismapingi
dengan masalah kolesterol tinggi. Pastikan anda kawal tahap kolesterol
anda dan elak makanan berkolesterol tinggi seperti makanan laut,
organ-organ seperti paru-paru, kurangkan lemak-lemak haiwan dan
tingkatkan pengambilan serat.
- Pastikan
ada sumber potassium dalam diet anda. Ia dapatkan kurangkan kesan garam
pada tekanan darah. Pisang adalah pilihan potassium yang baik dan mudah
didapati.
- Kurangkan
pengambilan alkohol dan kafein.
- Jangan leka: Pastikan anda melakukan
pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk memantau keadaan kesihatan
anda. Walaupun anda tidak mempunyai masalah hypertension, pastikan anda
melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 12 bulan sekali.
0 comments:
Post a Comment